Monday, January 7, 2013

La Tahzan Ya Zaujati Episod 2


Shreeetttttttt……Bunyi tayar sebuah kapal terbang yang mendarat jauh ditengah landasan menjadi penanda bagi permulaan episode yang kedua ini.

 Setelah itu, Kapal Terbang Airbus A380 terus ke pangkalannya bagi menurunkan kesemua penumpang yang berada didalam pesawat. “Ding dong. To all passengers please remain seated. Hopefully there is no individual action before any instruction being given. We are trying to manage all passengers to get out from the plane as fast as possible. Patient while waiting your turn”.
Arahan seperti ini dikeluarkan semata-mata untuk membawa keluar artis-artis dan pihak pengurusan media yang ada didalam pesawat terlebih dahulu.  Maka pihak security telah menyediakan lebih kurang puluhan pengawal peribadi artis untuk mengawal setiap artis yang hadir dan turut disediakan ratusan pihak pengawasan yang lain pada jalan yang akan dilalui untuk ke kenderaan nanti. Keadaan haru biru dan amat bising dilaman utama ketibaan penumpang luar negara. Sehinggakan boleh didengar teriakan sana sini hampir 300 meter jauhnya.
Perlepasan VVIP diutamakan. Maka datanglah seorang pramugara dan pramugari bagi menjemput artis lelaki terkenal Malaysia itu untuk keluar daripada Kapal Terbang. Selepas itu,satu persatu, artis demi artis keluar daripada pesawat. Setelah habis kesemua mereka keluar barulah dibenarkan penumpang lain keluar. Kemudian,mereka dibawa untuk menjamu selera terlebih dahulu di restoran 5 bintang kerana mendapat tajaan percuma oleh pihak KLIA. Sedang enak menjamu selera diantara sesama artis,tiba-tiba telefon artis Malaysia itu berbunyi. Lebih menarik lagunya sendiri sebagai ringtone buat telefonnya itu. Selepas itu artis terkenal itu segera mengangkatnya. ” Assalammualaikum,Daniel”bergema suara yang biasa sangat dengan liang telinga artis itu sejak daripada lahir lagi. “Dad! Waalaikumsalam. How are you? ”jawab artis lelaki itu dengan perasaan yang gembira. “Oh,fine,son. Kau kenal lagi suara ayah kau ni? Ingatkan dah lupa dah? Asyik dekat negara orang . Rumah sendiri x reti nak balik! “ tegur-tegur rindu seorang ayah. “Ha2, dad. I’m so sorry for everything. You know right, I have a lot of concert to do but don’t worry dad because your son are faithful one. So whenever there is an order from both of you, I’ll definitely go for it. Just say what you want. Ha2!” seloroh Daniel Bin Abdullah. Ye,inilah nama yang di kenali dunia,kelahiran Malaysia yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang nyanyian. Juara AJL 28,29 dan 30. AIM 29 dan 30. Turut merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Malaysia 2 kali berturut-turut. Oh,cukuplah promosi pasal kejayaannya. “ Ha! Ok,son. Ayah remember kata-kata kamu itu,jangan tarik balik nanti. Ni,mak kamu ni rindu sangat dekat kamu. Kamu dah lah satu-satunya anak kesayangan dia. Dia nak jumpa kamu dalam 1 jam daripada sekarang ,kalau x dia takkan masakkan kau makanan kegemaran kau . Jumpa ayah dengan ibu di rumah nanti.”jawab Dato Abdullah. ‘Sorry,dad. What? Ibu nak masak ayam masak lemak cili api? Tapi,dad, 1 hour ….?How come I’m goanna too?” Balas Daniel pantas. Dia terus bangun daripada tempat duduk. “I’m sorry everyone I have to go right now, both of you please follows me (Daniel mengarahkan 2 pengawal peribadinya untuk membawanya keluar hingga kedalam kereta) Please lend me some KLIA security officers too” kata Daniel kepada manager KLIA yang segera terus mengarah pegawai lain untuk bersiap.   Semua artis yang tengah makan bersamanya tertanya-tertanya.
Daniel terus memakai topi dan spect mata seperti biasa pakaian adalah lambang kemodenannya. Dia tahu gaya dia pasti akan menjadi perhatian dan buah kata orang ramai. Dia turut mengarahkan bagasinya dibawa masuk kedalam kenderaan milik ayahnya itu terlebih dahulu. Selepas itu dia pun keluar bersama pengawal peribadi dan puluhan pengawal KLIA yang lain. Saat sahaja tiba didepan pintu ketibaan,lantas semua manusia yang ada disitu menjerit nama Daniel. Beratus-ratus kali ulangan. Seperti biasa ada yang akan cuba menempuh untuk mendapatkan apa-apa sahaja daripada Daniel,tidak kiralah bergambar ke? Tanda tangan ke? Namun begitu Daniel tetap nak cepat pulang ke rumah. Peminat tertanya-tanya mengapa Daniel bergitu tergesa-gesa. Wartawan juga tidak sempat menemu ramah Daniel tentang konsert rahsia di Korea. Daniel mengarahkan pengawal-pengawal untuk terus membawanya kedalam Lamborghini Gallardo milik ayahnya. Daniel sempat melihat berapa ramai peminat yang hadir dan mereka yang berada disemua tingkat sedang melambai kepadanya. Tapi Daniel hanya tersenyum tanpa melambai kembali. Sombong! Daniel dan pengawal yang menjaganya hanya dapat berjalan lancar apabila mereka tiba dalam laluan berpagar sahaja. Peminat tetap berlari mengikutinya demi meminta tandatangannya. Perkara biasa buat Daniel. Daniel sengaja  menandatangani sebahagian kecil permintaan peminatnya. Daniel seorang yang kacak seperti ayahnya juga . Rupa dan suaranya adalah 1 pakej yang lengkap untuk menjadi seorang lelaki idaman ramai wanita tetapi  bukan pula pada seorang yang solehah dan cintanya untuk agama yang mungkin akan hadir disisinya nanti . Oleh sebab itu, dirinya asyik dikaitkan dengan beberapa artis wanita terkenal Malaysia dan juga luar negara.  Seperti biasa kesombongan Daniel menolak segala yang ada. Akhirnya Daniel dapat juga berada didalam kereta dan bertolak. Dia sempat membuka cermin dan melambai tangan pada peminatnya buat kali terakhir untuk menjaga hati mereka. Kereta Daniel dikuti oleh dua orang anggota polis trafik.

***
Diperkampungan Bustanul Rahman. Hening malam! Bulan purnama menyinari perkampungan tersebut.
***
SodakAllahuladzim…..Selesai membaca Al Quran resm uthmani. Lalu Ira mengucupi Al Quran tersebut tanda sayangnya dia pada warisan yang paling bernilai ditinggalkan Nabi Junjungan Umat Islam,iaitu Nabi Muhammad Saw. Ira rasa begitu tenang ketika itu. Selepas merasakan ketenangan yang sebegitu rupa,Ira teringat akan pesan Imam Ghazali Rah dengan 3 cara kamu dapat ketemui hati kamu sama ada ia penuh dengan hidayah Allah swt atau pun sebaliknya yakni suatu kekosongan. Ira bermonolog dalaman “Cara pertama untuk kenal hati kita, emm, ap ye? Oh! Imam Ghazali rah kata” dengan solat. Selepas solat , kalau kita rasa tenang maka solat kita itu dilakukan dengan sepenuh hati. Jadi hati kita ini benar-benar rela untuk menjadi hamba Allah swt. SubhanAllah. Yang kedua pula, emm? Rasanya dengan baca Al Quran. Ye,betullah tu. Baca Al Quran ,kalau tenang selepas membacanya maknanya hati ini sudah menyukai ayat-ayat Allah swt.  Alhamdulillah. Ya Allah,kekalkanlah keadaan ini buat hatiku untuk selama-lamanya. Janganlah KAU pesongkan walaupun sedikit. Tetapkanlah ia didalam hati ni dan pahatkanlah ia didalam hati bakal suami? Ira terkaku seketika. Suami? Hatiku masih belum terbuka untuk seorang teman hidup. Ira cuba mengimbas kembali saat selepas selesai solat maghrib tadi.

**
Selepas bersalaman. Pak Haji Amirul mengenyit mata pada isterinya Pn Hjh Alya tanda untuk memulakan perbincangan yang ditunggu-tunggu sejak semalam lagi.
Pak Haji Amirul memulakan terlebih dahulu “ Syahirah, x pe, biarkan sejadah tu dulu,x payah kemas,biar abah kemaskan sambil senyum kepada anak perempuannya itu. Hmm! Terkejut Ira dengan kelakuan ayahnya yang biasanya garang depan anak-anaknya. Ye,Abi? Kenapa? Ada apa Abi? Tanya Ira segera. Ira sempat memandang wajah Umminya sekali paling tapi Umminya pun sama tersenyum tanpa sebab juga.
“Begini, Ira masih ingat x Pak cik Abdullah seorang kontraktor besar di Kuala Lumpur yang datang ke kampung kita untuk menambah luaskan masjid Bustanul Rahman di kampung kita ni? Ingat ?Teman rapat Abi untuk sementara waktu dulu tu? “ tanya Pak Haji Amirul pada Ira. “ Oh! Pak Abdullah maksud Abi? Pak Abdullahkan datang sementara sahaja untuk melihat projeknya dah dilaksanakan ke belum? Itu sahajakan? Pak Abdullah tu memang patut jadi sahabat Abi, semua citarasa sama”. Hu2. Ketawa kecil manis anak dara itu cuba bergurau dengan ayahnya.  “Hah! Itulah pasal. Masalahnya yang hal ini pun sama juga”. Ha3. Ketawa besar Pak Haji Amirul. “Abi ! Hal apa ni? “ wajah Ira berubah serius seperti mana dia mengajar budak-budak mengaji Al Quran. Pak Haji Amirul nampak reaksi Ira berubah maka dia pun kena ikut Ira jadi serius. “Ehem! (Dengan nada tegas sambil muka serius) “ batuk Pak Haji Amirul. “Ha2”. Ketawa kecil Pn Hajah Alya kerana faham akan sifat suaminya yang suka berjenaka.
“Ira,sebenarnya Abi dan Ummi didatangi rombongan masuk meminang kamu. Rombongan datang jauh daripada Kuala Lumpur. Ira nak tahu siapa yang datangnya?” tanya Pak Haji Amirul. “Pak Abdullah?” Ira cuba meneka sambil perasaannya yang kian sedang bercampur baur. “ Ye. Pak Abdullah dan Puan Hannan serta beberapa ahli keluarga mereka dah datang sini dan mereka mahu meminangkan kamu dengan anak lelaki mereka. Nama dia Muhammad Daniel Bin Abdullah. Ini gambarnya. Hensem orangnya.
Ira cuba mengambil gambar yang diberi oleh ayahnya lalu melihatnya. “Eh, macam pernah tengok tapi dimana ye? Ira cuba bermain dengan mindanya tetapi dia tidak juga dapat meneka daripada mana perasaan seolah-olah pernah tahu atau kenal pada lelaki itu.  
“Tapi Abi,mengapa saya menjadi pilihan mereka? “ tanya Syahirah. “ Abi ada bertanyakan soalan ini pada Pak Abdullah. Lantas Pak Abdullah menceritakan begini.

Pak Haji Amirul. Aku kagum dengan didikan agama yang kau berikan pada anak-anak kau si Syahirah dan Aiman. Tidak kiralah yang besar atau yang kecil mereka cukup berpengetahuan dalam agama. Hari itu, ketika aku pergi menjengahkan diri dimasjid. Aku terdengar akan seorang ustazah yang sedang mengajar anak-anak kampung belajar mengaji Al Quran. Lantas aku bertanyakan pada orang. Siapa ustazah tu? Mereka kata itu Syahirah Zamzari Bt Amirul. Anak kau. SubhanAllah. Aku ni dah lanjut usia sama macam kau, Amirul.Tetapi ilmu agama aku tidaklah setaraf dengan kau,bagai langit dan bumi bezanya kita. Aku punya harta sementara didunia tetapi aku x punya harta berkekalan diakhirat. Jadi hari itu aku telah berbincang dengan isteri, kami berdua bertekad untuk menunaikan Haji tidak lama lagi dan kami juga teringin nak ada seorang menantu yang tahu agama dan dapat berkongsi segala ilmu bersama kami sekeluarga. Kami hanya mempunyai seorang anak. Dia seorang yang baik sebenarnya cuma kehidupannya berbeza. Daniel,dia dibesarkan seorang-seorang. Alhamdulillah,dia bukan seorang anak yang manja dan jahat. Kami berikan dia harta tapi kami didik untuk menjadi pengurusnya. Jadi dia dah belajar mengurus diri dan harta dengan baik daripada kecil lagi. Cuma itulah? Dia tidak lebih kepada agama. Dia berada pada kelasnya tersendiri dalam dunia hiburan. Kamu mungkin akan terkejut bila kamu kenalnya nanti. Syahirah juga mungkin. (Bukan Syahirah je, 1 Malaysia. ==’. Daniel tu artis antarabangsa)Baiklah, kami juga ikhlas untuk menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka berdua. Daripada A sampai Z. Keluarga Pak Haji tidak perlu keluarkan apa-apa daripada sudut kewangan cuma yang paling penting kini ialah persetujuan Syahirah Zamzari dan kebenaran Pak Hji dan Pn Hajah juga.”

“Abi! Ummi! Irakan dah terima tawaran untuk belajar di Ain Shams Universiti dan juga akan pergi tidak lama lagi. Lagipun usia Ira!” teberhenti seketika kerana Pn Hajah Alya menyambung perbualan “ Ira,kalau pasal usia,Ummi x pernah kisahkannya kerana Ummi kenal anak Ummi, Ira lebih matang daripada usia Ira sekarang. Ira tahukan bercinta lepas bernikah lebih baik. Inilah peluang Ira untuk bercinta selepas nikah. Ira tidak akan terganggu dengan godaan lain lagi apabila Ira mempunyai suami. Sekurang-kurangnya ada orang boleh tengokkan Ira disana. Suami Iralah tu. Kami serahkan pada Ira. Kami tidak memaksa. Kalau nak bertanya dan dah ada jawapan bagitahu Ummi dan Abi”.

**
Ira tersedar setelah terlamun jauh.
**
Syahirah menadah tangannya “Ya Allah. Apakah ujian atau kesenangan yang KAU berikan kepadaku. Kalaulah ini ujianmu Allah, KAU permudahkanlah perjalananku mengatasinya. Kalau ini kesenanganMU maka aku bersyukur padaMU kerana aku tahu dikau menciptakan jalan yang terbaik untuk setiap hamba yang beriman padaMU.”
Nampaknya kena buat solat Istikharah nanti. Monolog Ira seorang diri. Eh,sebentar! Apa pula peringatan yang ketiga oleh Imam Ghazali rah ye? 1. Solat 2. Baca Al Quran. 3.? Apa dia? Hmm! Ira kena rujuk balik dalam buku pesanan Imam Ghazali rah ni. Cintanya pada agama mengalahkan cinta dunia yang ada. Ira lantas menyelongkari kotak-kotak simpanan bukunya dan tiba-tiba,eh, ha’a! Ye,itulah dia. Alhamdulillah. Ira dah ingat. Yang ketiga ialah kematian. Ya,Allah,sudah tentu saat itu adalah paling menginsafkan diri. Harap tidaklah sampai tahap ketiga ini. Ya Allah, kekalkanlah keadaan hatiku begini kerana aku telah temui siapa yang berada didalam hatiku. Ya. Engkaulah Allah. Hanya engkau. (Anak dara putih berseri itu tersenyum sambil mendongak ke langit.)

Keesokkan harinya,azan subuh berkumandang mengejutkan semua penduduk Bustanul Rahman. Bilal Bustanul Rahman iaitu Aimadhuddin yang memiliki suara tersendiri dalam laungan azan mampu mengejutkan hampir kesemua penduduk kampung Bustanul Rahman itu. Ayam tidak lagi perlu bekerja diwaktu pagi kerana Bilal Bustanul Rahman dah ada.  Didalam masjid,selepas solat subuh yang di imamkan oleh Ustaz Abid . Seterusnya Kulliyah subuh yg disampaikan oleh Ustaz jemputan daripada Kelantan. Asal Kelantan tetapi menetap di Klang.  Setelah selesai semuanya. Nazir Masjid Afiq Khai membuat pengumuman. Pengumuman pertama., In syaa Allah. Sesiapa yang sudi untuk mewakafkan duit demi penambahbaikan lagi masjid kita ini. Silalah berbuat demikian.
Pengumuman kedua, Ustaz Adam akan tiba hari ini diKLIA setelah pulang daripada Kaherah,Mesir. Ustaz Adam akan bersama pimpinan masjid kita untuk membuat ceramah dan tazkirah atau kulliyah seminggu sekali selama lebih kurang 3 bulan begitu. Hadirin dan hadirat bolehlah rujuk jadual waktu yang ditetapkan pihak masjid untuk sesi kulliyah Ustaz Adam. In syaa Allah. Sekian sahaja, Assalammualaikum. Bersurai.

Adam? Seorang jejaka alim dan tawaduk kian pulang bertemu keluarganya Pak Haji Amirul dan apakah pula yang bakal menjadi jawapan Syahirah Zamzari untuk lamaran itu? Apakah Daniel sudah mengetahui nasibnya yang akan dikahwinkan oleh seorang wanita yang memiliki pegangan agama? Apakah Daniel mampu menerima sidia? Apakah mereka berdua mampu memahami di antara satu sama lain? Nak tahu? Nantikan La Tahzan Ya Zaujati di Episod ke-3. Tidak lama lagi. In syaa Allah.

Tuesday, January 1, 2013

La Tahzan Ya Zaujati Episod 1





Pada suatu hari…………

Didalam sebuah pesawat yang berlepas di Kaherah,Mesir.

**
Dup,dap,dup,dap…..”eh,berdegup laju pula jantungku ni….”Ya Allah,jauhilah aku daripada gangguan syaitan ini..Ad’uzubillahiminashaitonnirrajim… Selamatkanlahku dalam perjalanan pulang ke Malaysia ini. Amin.”

**
Pada hari yang sama……
disebuah perkampungan kecil bernama Bustanul Rahman.

 **
Dup,dap,dup,dap….”eh,apa pula perasaan yang melaluiku ini? Ya Allah,lindungilah aku daripada gangguan syaitan yg jahanam. Ad’uzubillahiminashaitonnirrajim… Selamatkanlah perjalanan bakal Imamku disana hingga kesini. Amin.” ~

Didalam sebuah masjid Asy syakirin didalam sebuah kampung yang sama,

“Iye ke,Pak Hji Amir? Adam Bin Amirul akan pulang hari ini?  SubhanAllah,masjid kita akan dipimpin Imam yang disukai ramailah selepas ini”. “ Iya,dia telefon aku semalam,katanya dia akan pulang kesini untuk praktikal lebih kurang 3 bulan atau lebih di Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia”. Coret-coret Pak Tam selaku timbalan Nazir Masjid dengan Pak Hji Amirul Arshad selaku ayah kepada Adam. “Eh, Pak Haji Amir nak kemana tu?” tanya Pak Tam. “Aku nak pergi meeting dengan staff bahagian info and publication kampung kita ni untuk  membantu mengiklankan perkahwinan anak aku yang akan berlansung x lama lagi.”jawab Pak Hji Amirul tenang dengan muka comelnya yang tembam itu.  Muka Ayah dan anak x jauh lari. Kacak, cuma Pak Hji Amirul dah berusia hampir 70 an dah. “Kubur kata mari,rumah kata pergi”. Ha, ini ‘Tagline’ popular Pak Hji Amirul sendirilah ni. Acapkali disebut-sebut pada isterinya Pn Hajah Alya yang merupakan seorang penulis cerpen ketika diUIA pada waktu dahulu. Cerpen remajanya yang mendapat sambutan hangat adalah “ALYA THE GENTLE GIRL”( sampaikan penulis cerpen yang menulis cerpen ini pun mngikuti kisah cerpen tersebut,hu2,mungkin cerpen penulis ini tidak standing yang lain,tetapi penulis  ikhlas dalam menerbitkan sebuah cerpen berunsur islamik,jadi teruskanlah menyokong dan membaca,penulis janjikan yan terbaik yg penulis mmpu buat untuk pembaca. In syaa Allah ”.)  Pak Hji Amirul dan Pn Hjh Alya merupakan pasangan yang bahagia,bukan kerana harta,tetapi kerana ilmu yang ada pada mereka berdua menjadikan mereka “Serasi Bersama”..cewah mcm dalam astro tv pulak.. “Apa? Pak Haji Amir, Adam !Adam! akan nak bernikah ke tidak lama lagi? tanya Pak Tam tanpa sempat mengambil nafasnya yang baru ” Dengan siapa Pak Haji? Dengan siapa Pak Haji? Desak Pak Tam terus menerus. “ Ya Allah, Tam. Adam itu tidak akan ada masanya untuk berfikir pasal berkahwin ni. Kalau setiap kali memanggil kesini mesti bertanyakan sama ada tawaran daripada sebuah Syarikat agama Islam swasta daripada KL yang menjalankan usaha dakwah melalui televisyen,majalah dan radio dah tiba atau belum. Apa entah namanya? Kalau x salah aku,
N? D? M? NDM apa entah lupa dah aku pun. Aduh!  Ha! itu jelah yang difikirnya Tam, oii! Jawab Pak Haji Amirul. “Masyaa Allah, Pak Haji nak kahwinkan Syahirah Zamzari ke? “ tanya Pak Tam dengan nada yang terkejut. “Eh,aku x de lah nak tentukan perkahwinan anak aku sendiri. Janji x bercinta sebelum berkahwin pun dah cukup bagi aku. Ada orang masuk minangnya minggu lepas. Depa bagi aku dan keluarga berpikiaq dulu seminggu.  Tapi aku x boleh bagi tahu kau dulu Tam,siapa keluarga tu. Biar rahsia dulu nah.

**
Azan maghrib pun berkumandang di perkampungan Bustanul rahman tatkala saat matahari mula membenamkan kehadirannya daripada pandangan segenap kawasan. Indah sungguh saat itu dan ditambah lagi dengan laungan azan yang cukup merdu yang dilaungkan Aimadhudin selaku bilal dan Imam tetap iaitu Abid Zaidan diMasjid Asy Syakirin.

Allahu Akhbar……x2~
      Allahu Akhbar……..x2~
               Ash’haduAllaailaahaillallah……….X2~~   Citt..citt…citt…..cittt…Burung turut mnjawab azan…
                         Ash’haduaannamuhammadaarrasulullah…….X2~~
Haiyya alassolah……….
Haiyya alassolah………. …… …..   ~~ kemerduan yang menginsafkan……
      Haiyya alalfalah’h…………..
      Haiyya alalfalah’h………………..`` KETEGASAN suara yang menyuruh……
Allahu Akhbar………………….x2…… Allah maha besar……
La ilahaillaAllah….. Tiada tuhan selain Allah…… ~`-----

“Ira! Oh, Ira? Mana pulak anak dara syahirah ni? “ teriak Pn Hjh Alya. “ Ye,umi. Ye, Ira kat sini tengah pakaikan adik Aiman baju kurta ni. Budak bertuah betul! Orang nak letakkan kopiah kat kepalanya ditanggalnya balik. Jawab dengan suara lembut kecil cantik anak perempuan Pak Hji Amir yang satu-satunya, Syahirah Zamzari. Anak kedua mereka berusia 20’an kini. “Bawa adik kamu tu dekat bilik sembahyang ni. Cepat sikit bersiap. Ayah kau tiba nanti dah nak solat berjemaah dah. “ arah Pn Hjh Alya. “Ye lah Umi,Roger  and out! “. (Hah? Tekalah anak Pak Hji Amirul dan Pn Alya ada berapa orang? =). Ya,betullah itu. Tiga orang kesemuanya. Adam,Syahirah dan Aiman. Adam 24 tahun,Syahirah 20 tahun,Aiman  darjah 1.  Jelaskan? Ok, teruskan membaca dengan sabar dan perlahan-lahan ye)
Allahu akhbar. Kedengaran takbiratul ihram yang dilaungkan Pak Haji Amir.
Maka solat berjemaah pun diteruskan.

**
Sementara itu, lebih kurang pukul 9.30 pada waktu malam diKLIA.

**

Cuba lihat tu……! Itu…!!! Cepat…cepat….!!! Teriakan suara entah daripada mana-mana kepada rakan-rakannya yang lain. Selepas mendengar teriakan perempuan yang merupakan ahli kelab peminat seorang  artis terkenal dunia ini maka semua orang berpaling dan tidak lengah lagi utk melihat dan lebih malang lagi seluruh manusia yang ada disitu menjadi haru biru akan kebisingan laungan suara sokongan pada seorang artis ini. Sehinggakan makcik yang sedang mengorder Pizza Hot juga tidak boleh fokus atau tumpukan perhatiannya pada mana satu menu yang patut  dipilih. Begitu ramai yang hadir untuk menyambut artis antarabangsa yang berasal daripada Malaysia ini. KLIA hari itu penuh dan jalan raya menjadi sesak. Sehinggakan para wartawan tidak dapat ruang yang cukup untuk menyiapkan peralatan bagi membuat liputan secara lansung. Wartawan akhirnya disediakan bilik khas oleh pihak security KLIA untuk membuat liputan.
Dikhabarkan artis Malaysia ini baru sahaja mengadakan konsert Privatenya disuatu tempat diKorea namun dirahsiakan.  Artis-artis terkemuka Korea bersama pengurus-pengurus dan crew-crew terbitan mereka turut sama berada dalam pesawat termahal Malaysia dan terbesar didunia iaitu AirBus A380 Malaysia Airlines yang berlepas dari Korea itu, pengacara terkenal  iaitu Yoo Jae Suk selaku pengacara nombor  1 Korea, malah dikhabarkan artis-artis Running Man yang lain turut sama hadir untuk melansungkan program Running Man di Malaysia buat kali pertamanya malah buat kali pertamanya juga artis Malaysia turut terlibat dengan program yang terkenal didunia ini. Ya! Orang yang bertuah itu adalah anak Dato’Abdullah . Maklumlah artis terkenal dunia. Pernah berduet dengan pelbagai artis daripada pelbagai genre dan latar belakang. Fuhh,cukup hebat namun siapakah gerangan lelaki ini ye? Usianya mencecah 22 tahun kini.
 Bergema satu KLIA ketika itu dengan jeritan dan laungan yang tidak putus-putus. Nama-nama artis dipanggil dan dilaungkan sedangkan Kapal Terbang belum lagi mendarat. Peminat-peminat cuma nampak daripada bawah sahaja. Tetapi ketika itu Kapal Terbang AirBus A380 memang kelihatan dan sedang membuat pusingan dan persediaan bagi mendarat. Tiba-tiba, bunyi siren diperdengarkan. Dua barisan motor Polis Traffik yang menggunakan motor baru mereka iaitu Superbike Yamaha R6 melalui jalan utama menyambut ketibaan tetamu itu. Orang ramai terus berpaling dan menanti apa yang akan berlalu sebentar sahaja lagi.  Maka dengan mewahnya, kereta-kereta Sport termahal Malaysia  tiba diperkarangan jalan menyambut ketibaan tetamu. Lamborghini Gallardo selaku kereta utama dan pertama,disusuli  dengan Hammer 3.0 serta  beberapa buah Alphard berwarna hitam. Kesemua cermin kereta gelap dan kamu nak tahu apa yang lebih menarik? Nombor Plat kereta itu tertera” 46DU224H” Ditukarkan kepada bahasa ialah Abdullah.
(Hamba Allah. ^^ ) Kereta-Kereta Sport itu milik khas Dato’Abdullah. Bagaimanalah suasana artis lelaki itu bersama dengan artis Running Man apabila didataran KLIA itu nanti? Siapa pula Artis terkenal yang begitu kaya itu? Apa pula hubungan Dato Abdullah dengan artis lelaki itu? Apakah kaitan mereka dengan Keluarga Pak Haji Amirul dan Pn Hajah Alya?

Apakah yang akan berlaku selepas ini. Nantikan sambungannya di La Tahzan Ya Zaujati-Episod 2. Tidak lama lagi. In Syaa Allah.

Monday, December 31, 2012

NDm WD- Greeting Post



Assalammualaikumwarahmatullah.
  **
Sebelum Wan pergi jauh, Wan sediakan ucapan ini sebagai tatapan permulaan:
“Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah nikmat iman dan IslamNYA kini ana mampu berkongsi ilmu dan pengalaman pada bakal-bakal penjengah ruangan ndmwd.blogspot.com ini. Tiada apa-apalah yang ku harapkan melainkan masa dan tenaga agar dapat digunakan untuk menjayakan blog ini. Juga tidak lupa kepada ibu bapa Wan yang memberi sumbangan jasa,tenaga,masa,dan wang kepada anak mereka ini untuk melakukan kerja dakwah dan penyebaran Islam dimata dunia. Ditambah pula dengan nenek Wan yang kini berusia hampir 80’an itu, masih lagi suka untuk berkongsi ilmunya kepada cucunya ini dan malah sedang terus mendalami ilmu agama di pusat pondok Islamiyah, Kuala Selangor. Sesungguhnya semangatnya mengajar Wan tidak kenal erti putus asa. Terima kasih nenek. =).
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan,adik-adik,kakak,abang, Encik dan Puan, Haji dan Hajah, Datin dan Datuk,Tan Sri dan Senator( Ini tiada pun sebenarnya ye, hiperbola je tu,hu2) yang pernah mengenali Wan,Wan dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih buat kali ini kerana sudi memberi sokongan semangat pada Wan untuk menjayakan ruangan pena maya Wan pada tahun baru 2013 ini.

Objektif ruangan pena maya ndmwd.blogspot.com. ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan pengalaman dalam mendalami ilmu Islam daripada penulis mengikut kreativiti atau ilham yang hadir dalam diri penulis.

Misi dan visi pula( dah macam sekolah ye? X pelah barulah nampak teratur dan jelas kepada page viewer)
Misi blog ini adalah semata-mata untuk mengajak mengingati Allah SWT sebagai Tuhan kita yang satu dan Nabi Muhammad Saw sebagai nabi junjungan kita untuk sepanjang hayat sehingga nyawa pinjaman kita ditarik semula nanti.

Visi blog ini pula apa ye?

- Visi blog ini adalah melahirkan insan yang ada apa dengan Islam serta dapat memahami Islam itu bagaimana dan apa sebenarnya justeru memperoleh pengajaran untuk mencintai agama Islam dan besederhana pada dunia-

Wah, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt.

Baiklah,kita dah ada ucapan penghargaan,objektif,misi dan visi. Rasanya dah lengkapkan. Adakah masih ada yang kurang? Misi,lagi visi, apa lagi ye?  Ha'a, betul,betul,betul, moto hidup?
  (. ==', -> Saya x nak tahu pun Wan. )

Baiklah, =) ,Wan kena bagitahu supaya pembaca juga turut ada pedoman untuk mencipta moto hidup sendiri. Lebih terarah hidup kamu nanti.
 
Moto hidup Wan adalah 7 M.

1.Muhasabah(Nilai diri)
2.Muraqabah(Ihsan)
3.Musyaratah(Matlamat)
4.Mu'qabah(Jiwa dididik)
5.Mujahadah(Sungguh-sungguh)
6.Mu'atabah(Kritik diri)
7.Mawaddah(Kasih sayang)


OK, jelas.
Baik cukuplah pendahuluan Wan ini sebagai langkah kenalan pertama kita buat yang baru atau yang lama. Sebelum itu, sebarang komen atau kritikan daripada mana-mana ustaz,ustazah,guru-guru,para ilmuwan,para cendekiawan dan orang yang berkemahiran untuk membetulkan post-post Wan pada masa-masa akan datang adalah amat dialu-alukan sebagai langkah anjakan paradigma pemilik blog melangkah dibumi Allah swt ini pada jalan yang benar dan baik. In syaa Allah.

NOTA DRPD HATI- "Sebelum itu, Wan nak sampaikan satu benda daripada hati Wan. Pembaca mungkin waktu ini kamu sedang lihat Wan sebagai seorang yang ceria. Benar, =), Wan boleh jadi orang yang ceria pada waktunya dan ada masanya juga Wan seorang yang serius. Itu tandanya normal bagi seorang manusia yang hidupnya ada ilmu. Ilmu mematangkan kita,K. Itu sahaja.)

Akhir sekali, “TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN PADA SEMUA YANG MENYOKONG WAN DAN TERUSKAN BERSAMA WAN UNTUK MENGEJAR JANNAH ALLAH SWT”

Ikhlas Wan. NDm WD.