Sunday, January 13, 2013

La Tahzan Ya Zaujati Episod 3

La Tahzan Ya Zaujati Episod 3
MYVI merah kepunyaan Ustaz Adam
Alam Suria KLCC. Tempat pertemuan Ustaz Adam dan?
Contoh gambar Syira dan Aiman


Bustanur Rahman Waktu Subuh
Ustaz Adam
Banglo Sasha Faiz dan keluarganya di Bukit Antarabangsa
Ferrari F360 yang melanggari MYVI Ustaz Adam. Milik anak Datuk Faiz.







Subuh menjelma. Matahari mula terbit tinggi ditengah kumpulan awanan yang berkumpul. Kampung Bustanul Rahman yang aman dan tenang itu disulami dengan alunan zikirullah daripada masjid Asy-syakirin.

**
Ummi! Ira! Aiman! Dah bersiap dah? Cepatlah nanti lewat pula kita tiba di KLIA.” Ye,abang. Kami dah siap dah ni!”. Jawab Pn Hjh Alya.
“Ira, tidak apalah. Tidak payah bungkus makanan itu. Kita singgah makan diluar nanti. Pergi dukung si Aiman tu.”. Arah Pn Hjh Alya kepada Ira. “Baik,ummi”jawab Ira segera.

Tepat jam 8.00 pagi. Mereka sekeluarga bertolak ke KLIA selepas bacaan doa oleh yang amat berhormat Pak Haji Amirul. Mereka sedang menuju ke KLIA untuk menyambut Adam yang akan sampai disana daripada Kaherah,Mesir. Adam anak sulung dalam keluarga Pak Haji Amirul. Merupakan seorang alim dan abid. Rendah diri,cukup petah berkata-kata tentang Islam,seorang hafizul quran,menuntut di Al-Azhar,ceria dan “sporting” orangnya.Teguh pendirian dan tegas pada kebenaran.

Dengan izin Allah swt, mereka tiba diperkarangan ketibaan antarabangsa KLIA. Lengang suasana KLIA ketika itu jika nak dibandingkan dengan sambutan ketibaan Daniel tempoh hari. (Manusia dah macam laut dah dekat KLIA nya!) Setelah hampir 15 minit ,Adam masih tidak muncul-muncul lagi. “Abang, Adam kata dia akan sampai dalam pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? “. Tanya Pn Hjh Alya pada suaminya. “Dia kata dalam pukul 3.00 petang,sekarang dah 3.15. X lama lagilah tu. Sabarlah Umminya. “ Sedang elok,mereka sebut-sebut nama Adam, Adam pun muncul daripada jauh dan Ira terlebih dahulu melihat kelibat abangnya itu. “Akhi! Akhi! Kami dekat sini.” Ira memanggil sambil melambai. Pn Hjh Alya dan Pak Haji Amirul turut berpaling. Daripada jauh ada seorang lelaki yang memakai kopiah putih bersih,sederhana tinggi, sedang berjubah sambil dibahu kiri disertakan selendang hijau sebagai sutrah. Cukup mengikut Sunnah baginda Nabi Muhammad saw. SubhanAllah, penulis pun kagum juga, hu2. Tapi ada pula spectmata hitam dipakainya. Anak muda,jiwa bergaya tetap ada. “Eh,Ummi? Anak kita tu mukanya macam kita berdualah,baru abi perasan! Ha2.” Gurau-gurau manja dengan Pn Hjh Alya. “Ish! Abang ni,dah nama pun anak kita. Tapi tinggi dia ikut abang, muka dia ikut Ummi! Balas gurau Pn Hjh Alya. “Eh! Hidung dia ikut Abilah,Nampak ni! Mancung! Ha2. (Pasangan ibu dan ayah yang paling romantik pernah penulis jumpa. Ha2.Kalau pembaca nak tahu,Nabi junjungan kita,ye,Muhammad saw adalah seorang suami yang sangat romantis. Buktinya banyak pada hadis yang dibawakan isteriNya,Aisyah radha.) Lalu dicubitnya Pak Haji Amirul oleh Pn Hjh Alya tanda suruh berhenti bergurau didepan anak-anak lagi. Ira,sempat juga sekali pandang pada Abi dan Umminya yang berperilakuan begitu. Memang dah kenal sangat pun. Mereka memang bahagia bersama. Tiba-tiba terdetik seketika” Apakah suamiku nanti boleh menjadi sebegitu kepadaku? Allah! Tiada jawapan.“ . Ira cuba mengenepikan fikirannya buat sementara waktu. Akhirnya, Adam hadir didepan mereka sekeluarga. Adam segera bersalaman dengan ayahnya,ibunya dan adik-adiknya. “Adam,dah makan?” naluri bertanya seorang ibu. Ketawa kecil,Adam menjawab” Belum Ummi,Adam nak balik rumah makan masakan Ummi.Adam nak makan puas-puas apa yang Ummi akan masakkan untuk Adam sementara Adam ada disini”. “Oh! Sekarang Ummi dah bersara. Sebab kita bakal ada suri rumah tidak lama lagi. Jadi tugas didapur telah diambil alih oleh bakal suri rumah tersebut. Adam jangan risau sebab semua ilmu Ummi dah diturunkan padanya. Jadi setakat ni,Abi kau kata masakan dia sebiji macam Ummi. “ jawab Pn Hjh Alya seolah-olah menujukan pada anak dara yang tersimpul malu jauh ditepi situ. “Hah? SubhanAllah. Ira. Baik bagitahu Akhi! Cepat! Apa yang berlaku ni? Sampai hati potong line sebelum akhi ye! Akhi tak sempat nak cari isteri pun lagi! Ira dah nak bernikah. Hah! Terkejut betul Akhi! Adam bersenda dengan adik perempuannya itu. “ Belum tahu lagi Akhi. Panjang ceritanya. Nanti Ira kongsikan dengan Akhi kalau berkesempatan. Ira pun tengah dilema sebenarnya ni.” Balas Ira. Tiba-tiba satu tangan mengusap kepala Ira. Pak Haji Amirul yang berbuat demikian untuk menenangkan Ira. “ Mintalah jawapan daripada Allah,kalau hati kamu tidak mampu menjawab soalan itu.” Nasihat seorang bapa. “Yalah Ira, Akhi sokong apa pun yang berlaku kiranya perkara itu baik untuk agama dan Ira rasa adalah yang terbaik untuk Ira. Ada apa-apa masalah kongsikanlah dengan Akhi. Akhi Adamkan dah pulang! Senyum pada Ira. Ira turut membalas senyuman abangnya itu. “Ya,Ummi pun sama. Maknanya kita sekeluargalah akan sokong Ira.” Pn Hjh Alya tiba-tiba “into the line”.
    
     Tungttu! Semua terkejut dan berpaling ke belakang. Siapa ? Daripada mana suara pelat itu hadir?
 “ Kat sini! Sini! Bawah ni! Hmm! Aiman x tisah tapi jgnlaa tinggalkan Aiman kat sini !!!! Aiman pun ad hati dan perasan!” . Si budak kenit comel rupanya,Muhd Aiman bin Amirul. “Hu2. Aiman,bukan perasan. Tapi “perasaan” . Kakaknya Aiman,Ira cuba membetulkan tatabahasa sikecil itu. Lalu pergi mengangkat dan mendukungnya. 1 keluarga tertawa kecil dan mereka pun pulang ke Bustanur Rahman.

**
Beberapa hari kemudian. Disebuah rumah banglo 2 tingkat area Bukit Antarabangsa. Seorang wanita muda berumur linkungan 20 an sedang bercakap melalui "I Phone 5"nya.”Hei,Nina. Let’s go out for shopping today. You call Marsha dan ajak dia juga. You all’s tunggu dekat rumah you la, Nina. I datang ambil,k. Dalam 10 a.m nanti, I ‘ll arrive infront of your house. “ Sasha Faiz ! You nak treat kita orang ke? Ha2.”tanya si Nina. “ ‘Of course’ lah,I yang ajak you all’s. Never mind money is not important matter. Yang penting"Girls" Kita enjoy!

“Mom,Sasha Faiz going out right now,ok!” bertanya si Sasha pada ibunya, Datin Aini Farhanah. “Ok,dear. Pergilah tapi jangan pulang lewat sangat. Pocket money ad? Nak mummy tambah extra?”. “Nop! It is enough already. Where is dad? Tanya Sasha“. Your dad pagi-pagi dah keluar. He said ada meeting di office. “Huh! Dad is always like that. Busy and busy and busy. He just knows giving us money! Never had enough time to shared love with his family.” Marah Sasha pada ayahnya Datuk Faiz Syahiran. “Dear, jangan cakap begitu. Kemewahan ini dad yang bagi kerana kasih sayang dia pada kitalah. Thankful!”  Tegur Datin Aini. “Yes,mom. I’ll follow your order.” Keluhan daripada anak dara itu. Mom,Sasha bawa Cooper jelah hari ni.” Eh,hari ni adik kamu nak pakai Mini Cooper itu. Dia nak pergi tuisyen. Kamu guna Ferrari . Pakai yang dua pintu tu. Mummy pakai BMW. Ha! Ada driver senang sikit. Mummy pun nak keluar hari ni. Ok. Ni kuncinya. Take care dear. Mmuah! Cium Pn Aini pada ubun-ubun anak kesayangan dia itu. Datuk Faiz Syahiran dan Datin Aini Farhanah serta dua orang anak perempuannya,Nur Sasha Bt Faiz, 23 tahun dan Nur Zulaika Hanum Bt Faiz,20 tahun. Merupakan keluarga orang kaya-kaya yang menetap dibukit Antarabangsa.
**
Perkampungan Bustanurrahman.

**
“Ummi! Abi! Adam pergi dulu . Ira hulurkan kopiah tu pada Akhi.”  Kata Adam. “Nah! Akhi.” Ira pantas mngambil kopiah putih lalu dihulurnya. “Ira tidak mahu ikut Akhi pergi ke Kuala Lumpur? Boleh tengok syarikat NDm WD tu.” Ajak Adam pada adiknya.” Oh,Ira memang teringin nak tengok syarikat ternama Malaysia itu,Akhi. Ira pernah baca artikel perniagaan tentangnya. Ia syarikat yang bermula daripada bawah dan kini berkat usaha gigih ‘CEO’nya,Allah swt bukakan pintu rezekinya dalam melakukan kerja-kerja dakwah melalui media massa. Tetapi Akhi,setakat ini ‘CEO’ itu tidak pernah disebut namanya. Ira tidak pernah kenal atau terbaca tentang ‘CEO ‘nya walaupun syarikat ia menjadi terbitan banyak artikel. Tiada satu artikel pun dapat mengenal pasti siapa CEO untuk syarikat NDm WD tersebut. Akhi tau?” tanya Ira. “Benar juga tu. Akhi pun tidak tahu. Akhi pernah cuba cari diinternet tapi tiada maklumatnya juga. Yang ada ‘CEO’ itu,’CEO’ini. Itu sahaja nama yang ada bila Akhi baca mana-mana maklumat. X pelah,yang penting Akhi dapat bekerja untuk syarikat itu,In syaa Allah. Doakan Akhi ye!” pujuk Adam pada adiknya,Ira. “Ha2. Ye la Akhi,Adik doakan yang terbaik untuk Akhi. Kalau Akhi senang,adik tumpang senang.” Bodek Ira. “Amboi,dia yang dah nak bernikah. Lagilah senang hati dulu nanti. Ha2!”Adam cuba bergurau untuk mengingatkan Ira tentang lamaran yang diterimanya. Ira masih belum beri sebarang jawapan,masa dah mula mencemburuinya.”Ish!” Ira pantas mencubit Akhinya tanda untuk berhenti bergurau dan pergi segera.” Akhi pergilah. Ira ada kerja hari ni. Semoga Akhi selamat sejahtera.” Ira menyampaikan kata-kata akhir dalam perbualan dengan Akhinya.
Sebuah MYVI merah pun bertolak daripada kawasan perumahan Bustanurrahman.

Lebih kurang 1 jam. Adam tiba di Kuala Lumpur. Arah tuju Adam pada ketika itu adalah untuk ke Pasar Seni Kuala Lumpur. Syarikat itu terletak berhampiran dengan masjid negara. Adam sedang melalui KLCC ketika itu. Sampai disuatu lampu isyarat berdekatan dengan Alam Suria KLCC,Adam memberhentikan kereta kerana lampu pada ketika itu sedang merah. Tiba-tiba sebuah Ferrari merah menerpa laju daripada belakang dan melalui sebelah kanan kereta MYVI milik Adam sehingga ‘Side Mirror” tersebut tertumbuk kedepan dan hampir tercabut. “AstaghfiruAllahaladzim! Terkejut Adam. Adam memerhatikan sekejap kereta apakah itu. Kereta itu berbumbung merah dan kelihatan seperti Ferrari. Terdapat beberapa orang anak dara didalamnya. Adam mula merasa ketidakpuasan hati akan sikap mereka. Adam perlu menegur mereka. Selepas itu lampu isyarat bertukar hijau. Setelah membetulkan cermin sisi keretanya yang hanya separa elok. Adam segera mengikuti kereta Ferrari merah itu hinggalah mereka memberhentikan kereta disuatu tempat “Parking” Alam Suria KLCC. Kemudian bumbung kereta Ferrari itu ditutupi dengan pelindung cahaya matahari secara automatik. Saja nak tunjuk canggihnya kereta luar negara. Malaysia bila lagi? Maka keluarlah 3 orang anak gadis bandar. Seperti tiada apa-apa yang berlaku,mereka keluar daripada kereta dengan gembira dan ketawa girang bahkan ceria. Entah apalah yang dibualkan mereka macam tadi lansung tiada buat apa-apa kesalahan pun.  Adam segera memberhentikan MVYI berdekatan dengan tempat letak kereta Ferrari merah itu. 3 orang anak dara itu terkaku seketika. Adam keluar. “Assalammualaikum. Maaf,cik adik. Boleh saya tahu siapa yang drive Ferrari ni? Boleh kedepan bagitahu saya. “ tegas Adam. “Yes.I’m. Why? “ Seorang wanita muncul daripada belakang lalu kedepan bersemuka dengan Adam sambil mengeluarkan nada memerli. “Cik adik. Tadi Cik adik dah langgar cermin sisi kereta saya. Cik adik pecut macam tu je. Tak patut Cik adik berbuat demikian. Cik adik juga telah langgar lampu merah. Macam mana kalau ada kereta daripada sebelah kanan tadi? Cik adik boleh kena langgar. Cik adik tidak menghormati adab pemandu dijalan raya.”balas Adam segera. “Ha3!Girls tengoklah ustaz ni nak ceramah dekat I lah. You all’s rasa kita patut terima ke ceramah Pak Ustaz ni?” tanya ketua kumpulan anak dara itu pada rakan-rakannya. Dia berpaling melihat rakan-rakannya sekejap. Rakannya pantas mengangguk kerana menghormati orang yang berkopiah. “ Ah! You tidak kenal I siapa,Pak Ustaz. I Nur Sasha Bt Faiz. Anak Datuk Faiz! Setakat cermin you tu I boleh ganti lagi banyak. Ok. Now you nak berapa cakap je dekat I. I bayar you cash dekat sini,waktu ini, dan hari ini. Huh!” jawab Sasha Faiz dengan angkuh. Adam tidak ambil hati kerana Adam tahu orang yang berilmu akan menyelesaikan masalah dengan memberi kesedaran. “ Saya tidak pernah minta pun pada cik Sasha untuk membayarnya semula. Saya cuma nak Cik Sasha tahu dalam dunia ni masih ada perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan duit.” Jawab Adam ringkas. “ Habis tu apa dia?” Sasha Faiz segera menergah Adam. “ Bila ia hal dengan Allah. Cik Sasha gagal menjaga hubungan dengan manusia maknanya Cik Sasha sedang menutup ruang keredhaan Allah untuk Cik Sasha sendiri dan bila Allah tutup,Cik Sasha tidak akan jumpa apa itu erti jalan hidup bertuhan.”

     Nur Sasha Bt Faiz terdiam! Anak Datuk Faiz terdiam selepas mendengar kata-kata orang berpendidikan agama yang bukan anak Datuk,Tan Sri,Dr,atau Senator! Dia terdiam kaku. Tertunduk,malu. Buat kali pertama dalam hidupnya ada seorang jejaka yang menyebut tentang hidup bertuhan dan Tuhan itu ialah Allah padanya secara jelas dan berhikmah. Adam nampak air muka anak dara itu berubah. “ Cik Sasha,saya tidak marah awak. Cuma saya marahkan sikap awak. Janganlah awak malu kerana sikap itu boleh diubah. Ubahlah ia menjadi lebih baik dan sekurang-kurangnya mudah meminta maaf bila tersalah. Jangan sombong pada manusia yang lain. Mujur awak bertemu dengan saya. Saya bukan jenis pemarah. Kalau awak jumpa dengan samseng kampung pisang yang kerjanya membelasah orang macam mana?  Adam berjenaka sedikit untuk menjaga hati dan berdakwah pada anak dara itu. Sasha Faiz ketawa kecil tetapi cuba menyembunyikannya daripada pandangan Pak Ustaz Adam. Kemudian Sasha mendongakkan kepalanya.” Saya minta maaf. Ini duit untuk membaikinya.” Balas Sasha segera. Sekali dilihatnya, Adam dah bergerak menuju ke kereta dan sambil menggelengkan tangan tanda dia tidak mahu menerima wang pembaikan itu. Sasha mula rasa sesuatu dalam hatinya. Hidayah Allah atau cinta? Entah? Penulis pun x tahu. Hu2. Sasha berlari kecil ke kereta Adam lalu diketuknya cermin kereta Adam. Adam berpaling dan membuka tingkap. “ Encik? Eh,Pak Ustaz? Eh?” tanya Sasha. “Saya Adam.” Jawab Adam sambil tersenyum. “Ustaz Adam,boleh tak kalau saya nak minta "no. phone"? Manalah tahu kalau saya ada nak tanya tentang Islam ke? Apa-apa ke? Boleh!” Sasha Faiz cuba untuk mendapatkan talian hayatnya.
“Boleh ini kad peribadi saya. Saya bagi sesi kaunseling dimasjid tempat tinggal saya. Kalau ada apa-apa hal bagitahulah saya. In Syaa Allah. Saya akan hulurkan bantuan selagi boleh.” Jawab Adam. “ Baik. Terima kasih Ustaz Adam. Eh? Adam. Eh? Apa-apalah. Terima kasih atas nasihat tadi. Nice to meet you”. Adam tersenyum lantas berkata “Tak pe. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan ingat pada kita.” Adam kemudiannya berlalu pergi. Dah agak jauh MYVI itu pergi. Tangan Sasha Faiz terangkat dan melambai kearahnya secara tiba-tiba. Huish! Tiba-tiba sahaja ni. Dia berpaling dan terkejut. Rakan-rakannya tersenyum lebar kepadanya. “Eh,kau orang ni kenapa?”. “Haish! Dah cakap melayu dah?” perli kawan-kawannya sambil ketawa. “Betullah,bahasakan budaya kita. Tanda sayangnya pada negara kita ni. Hu2.” Muka Sasha merah padam. “ Dah. Dah. Mari kita pergi. Hari ni lepas kita shopping baju kita singgah MPH ye! Saya Sasha Faiz nak beli sedikit buku untuk masa depan. He2. “Ye lah Tuan Puteri. You yang nak belanja kami. Kami follow je.” Balas si Nina dan Marsha serentak. Saat Sasha nak masuk ke dalam keretanya tiba-tiba teringat akan kereta MYVI Adam yang bewarna merah itu. “Ish! Apa dah jadi dengan aku ni!”Ini bukan cintakan? Tolonglah katakan”Bukan”. Apa-apapun dialah orang pertama yang ingatkan aku pada tuhan. Lama dah aku tak bersama dengan kalimah Allah. Ya Allah. Aku kenal KAU tapi lama dah aku x bersama dengan agama KAU. Aku bertekad tahun ini 2013 adalah satu penghijrahan bagiku. KAU hantarlah padaku seorang pengajar supaya aku boleh kenal KAU semula dan lebih baik untuk kali ini. Ya Allah. Aku ikhlas. Aku ikhlas.Aku benar-benar ikhlas. Bantulah aku.” Nur Sasha Faiz bermonolog dalaman. "Mari kita pergi"kata Sasha pada rakan-rakannya. Vroom...

Wah,cerita ini ada dua hero dan dua heroin rupanya. Ira dan Daniel? Juga mungkin Sasha dengan Adam? Tetapi adakah Ira akan bersetuju dengan lamaran daripada keluarga Daniel itu? Daniel juga tidak pernah pun tahu lagi tentang dirinya yang dijodohkan itu? Bahkan lagi dia artis terkenal masakan berhubung dengan wanita kampung? Kuat agama pula tu? Ya Allah,Apakah yang akan berlaku dan terus berlaku nanti? Adakah Adam yang akan menjadi guru kepada Sasha Faiz yang bertekad untuk berhijrah. Hanya di La Tahzan Ya Zaujati Episod ke 4. Tidak lama lagi di Medan Media Internet anda yang terdekat. In Syaa Allah. Assalammualaikum.

8 comments:

  1. Cerita ini sudah mula menunjukkan perkembangan jalan cerita yang menarik! Tahniah! Teruskan menulis akhi! :D

    ReplyDelete
  2. Hulamakkk..Good job weh! Teruskan !

    ReplyDelete
  3. fuhh, abes pon baca cerita episod ni
    alhmdulillah.

    semoga hasil penulisan ni mampu mennarik ramai
    lagi manusia di luar sana untuk berhijrah.

    jenaka diselitkan membuatkan si pembaca ketawa membacanya.
    cuma, apa yang unik dlm cerita ni,
    wujud si penulis dalm cerita ni
    tiba2 jadi konfius, cerita ni rekaan ke benar2 belaku

    wa Allahualm :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, menarik juga cerita ini. teruskan menulis ya akhi.
    btw, ada sedikit kekeliruan, mohon owner membaikinya.

    ref : Saya Sasha Faiz nak beli sedikit buku untuk masa depan. He2. “Ye lah Tuan Puteri. You yang nak belanja kami. Kami follow je.” Balas si Nina dan Marsha serentak. Saat Ira nak masuk kedalam keretanya tiba-tiba teringat akan kereta MYVI Adam yang bewarna merah itu.
    **ira atau sasha. waalahualam.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum. Terima Kasih. Segala kesalahan tutur perkataan sedang diperbetulkan. Harap sabar menanti episod 4 'La Tahzan Ya Zaujati'. In syaa Allah akan dipromosikan di medan maya anda yang terdekat. NDm WD.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ustaz..terima.kasih.kebab.hadir.ke smks19
    Ustaz saya ada terdengar ustaz kata kena comment kat website
    Lepas itu ustaz follow..kalau ustaz follow saya..terima kasih
    Mungkin saya dapat jumpa ustaz di lain hari...username ig _luqhaq_

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete