Monday, August 12, 2013

Reunion Batch 2004-2005 Sekolah Kebangsaan Jitra 3 (2013) Di Negeri Kedah Darul Aman.



                                   
                                          








Assalammualaikumwarahmatullahitaalawabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur ke hadrat Allah swt diatas limpah nikmat kurniaan yakni "Masa".

Allah swt izinkanku berjalan mengisi ruangan hati dengan pertemuan dua hati dan juga pertemuan sesama sendiri.

Teringatku akan renungan dijendela sebuah kenderaan beroda 16

" Subhanallah, setiap dedaunan yang namanya lalang padi itulah terbentuk kanji2 disitilahkan sebagai beras untuk santapan semua jenis manusia"

benarlah firman Allah swt, dalam surah al an'am, juzuk 8, ayat 99


Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.


dan dalam surah yang sama, Allah sebut lagi.

ayat 140 keatas

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dantunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.


Bila Wan mengingatkan akan anugerah ini, lantasWan ucapkan,

"MashaAllah, La Haw lawala Quwwataillah billahilaliyyiladzim"

Thabit daripada Quranul Karim, surah Kahfi sendiri, rujuk ayat 30 hingga 40.

Ianya adalah perintah ALLAH swt sendiri.

Berikut adalah Bandar Jitra kedah,Tasik Darul Aman:

Tempat pertemuan kami bekas pelajar

Sekolah Kebangsaan Jitra 3








Khir, Wan berada di Negeri Kedah Darul Aman selama 3 hari dua malam.

Bermula 3 Syawal.

Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang. ^^

Tujuan utama juga adalah kerana mengikut perintah Allah swt dalam surah hujurat ayat 13.

Ingatkan?

X ingat, nah.

Muka surat sebelah kanan.

Bahagian atas sikit sebelum tengah.

Juzuk 26






Tayyib,

Wan tidak mahu nak berbicara panjang lagi.

Saksikan video dibawah.

Sedikit gambar dan rakaman disana-

Allahurabbana~

Alhamdulillah.





Untuk Gambaran Yang lebih baik- Sila kekalkan video dalam keadaan biasa dan gunakan Earphone

-Tamat-


Sekalung Penghargaan dan Ribuan Terima Kasih

Buat Ust Zamzari dan ahli keluarga

Buat Cikgu Aminuddin Baki dan ahli keluarga

Buat Cikgu haji Abdul Rahman dan ahli keluarga

Buat seluruh guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar Wan

Tidak lupa juga, kepada Insan yang saya letakkan ditempat yang dihormati dan disanjungi

Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid,

Tuan Guru kepada Tuan Guru

Abu Ali Banjari An Nadwi

Yakni Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam Al Banjari Al Maliki

Tuan Bertuan Guru

Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Al Fadhil Ust Muhaddir Ibn Haji Joll As Senary,

Tuan Berguru Luar

Syeikh Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri

dan yang lain2 yang tidak lagi saya tertulis,

Maulana

Asatizah

Alim dan Abid

Juga tidak lupa

pada

Setiap sahabat andai yang telah bertemu dengan Wan di Negeri Kedah

1. Muzzammil dan keluarga

2. Akmal Zakwan

3. AreMien

4. Firdaus

5. Luqman Hakim

6. Mohd Naim

7. Ikhwan fahsa

8. Sahabat Muzzammil

9. Syaza Razak

10. Haz Ziera

11. Syahirah Hanim

12. Syahirah Zamzari

semua kawan-kawan yang lain

dengan ucapan ikhlas

Yaumul Eid Fitrul Rahmatullahi ala mukminin wa mukminat kathirumimmubarakah wa mawaddah fidinnil Islam

In syaa Allah

- Al Fakir IlaAllahutaala

-Wan Dazrin B Wan Din-

selaku anak murid dan sahabat pada tempat yang sebetulnya.

NDm WD

"Allah~hu akbaru allahu akbar....

laa ila haillaaAllahuAllahu Akbar..

Allah~hu akbar ...walillahil hamd''

Tidak lupa juga,

Syafiena,

Habibina,

Maulana,

saidina,

Muhammadarrasulullah,

Allahummu solli ala saidina Muhammad

Sekian sahaja daripada Wan,

Illalliqaq wa maasalamah.






Friday, August 2, 2013

Ceramah " Panggilan Mawaddah Lil Fuqara' wa Masakin" - Bersamaan 24 Ramadhan 1434 - Preview/ highlight - NDm WD

MASJID SG SERDANG, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Assalammualaikumwarahmatullahitaalawabarakatuh.

Sedikit preview untuk ceramah di Masjid Sg Serdang. 24 Ramadhan 1434.

Penulis mengajak untuk fokus pada video yang telah di "Cut" kan untuk rujukan penting buat masa ini.

 Video nombor 1. Terletak dibahagian paling kiri.

Video 1- 
Rakaman Perkongsian Penting Malam 27 ramadhan


Video 2- Rakaman Ceramah Penuh
( Sebelah Kanan)


Video 3- Rakaman Solat Sunat Witir Sahaja
( Penulis memimpin solat sunat terawih hingga ke witir/ Bahagian Bawah)

-Sekiranya suara tidak jelas, digalakkan menggunakan Earphone-" Note daripada Penulis.



Sekian, Wassalammualaikumwarahmatullah. Tunggu update yang akan datang lagi, k !
NDm WD

Thursday, July 4, 2013

Youth Ramadhan Countdown bersama Fatih Seferagic dan Imam Muda Aran- Live 2013.



MASJID BANDAR BARU SENAWANG, NEGERI SEMBILAN
AHLI-AHLI TINGGI JAWATAN KUASA,CEO WAMY,TOK IMAM,
EN.MOHD SHAH,IMAM MUDA ARAN, FATIH SEFERAGIC &
WAN DAZRIN.
SUASANA DIDALAM MASJID, MASYA ALLAH.
(Dikhabarkan hampir mencecah angka 900 ahli jemaah yang hadir)
PENULIS BERSAMA ORANG KUAT MAAHAD TAHFIZ DAN FATIH
SEDANG MENUNGGU KEDATANGAN IMAM MUDA ARAN.


Assalammualaikum, sidang pembaca yang dikasihi sekalian. Lama sudah kita tidak bertemu diruangan laman maya berbentuk Blog ini.

Maafkan penulis blog ini kerana tidak mengusik jiwa kalian para pembaca dengan novel penulis yang berjudul" La Tahzan Ya Zaujati" Episod keempat. Penulis sudah pun menyiapkannya. Cuma penulis sedang menunggu masa untuk cari tarikh yang sesuai bagi menerbitkannya. Bersabarlah, menantinya. ya. ^^






 SIDANG JEMAAH MASJID YANG
 KHUSYUK MENDENGAR.
RAKAMAN & GAMBAR OLEH PIHAK WAMY,
MAJALAH KARANG KRAF SERTA TEAM HIJRAH

Hari ini tanggal 4/7/2013. Penulis masih lagi dalam keadaan kepenatan sewaktu menaip ini. Ya. Enggak apa2 an sih, inilah mujahadah demi sebuh syurga yang dijanji-Nya.

Semalam, 3/7/2013. Seperti yang rakan-rakan serta sidang pembaca sekalian mengatahui akannya, penulis dijemput hadir ke Masjid Bandar Baru, Senawang yakni memainkan peranan sebagai Moderator bagi sebuah Forum yang melibatkan ilmuan Antarabangsa dan ilmuan anak kelahiran negeri tempat penulis berkunjung sendiri.

Tetamu yang mendapat gelaran "Panelist' pada malam tersebut ialah Imam yang kini mencipta nama akan kemerduan suaranya di seluruh dunia dan imam muda hasil jadi satu program realiti Tv iaitu "Imam Muda" di Astro Oasis. Mereka berdua ialah Fatih Seferagic dan Imam Muda Aran.

Alhamdulillah, suasana masjid semakin meriah bila cuaca hampir bertembung dengan maghrib dan mencecah  ratusan apabila hari semakin gelap dan mencapai nilai kemuncak bila masa bertemu isyak.

Tidak lupa juga yang turut meriahkan suasana, iaitu kehadiran adik-adik daripada Maahad Tahfiz As Saidiyyah. Tabarakumullahutaala.

Lebih kurang pukul 8.15 hingga pukul 9.45 malam.
Forum berlansung. Penulis bertanggung jawab mengajukan soalan-soalan kritikal dan santai pada kedua-dua panelist yang ada pada malam itu Sehinggakan, kerut-kerut dahi  anak muda yakni  Fatih seferagic disebelah kanan penulis dan tidak pula bagi anak jati kelahiran Negeri Sembilan disebelah kiri penulis,yakni Imam Muda Aran, beliau tenang menjawab dan sempat berjenaka juga dalam menjawab soalan serius daripada penulis.

Apa-apapun penulis memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana berjaya menguruskan Forum itu hingga ke akhirnya. Semuanya adalah kerana rahmat dan berkat Allah swt.

Juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak Wamy, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Masjid Bandar Baru Senawang dan Team Al-Hijrah. Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian dalam terus melakukan dakwah diatas muka bumi ini. Amin.

Penulis juga ingin menyampaikan ribuan rasa maaf pada adik2 muslimat yang ingin bergambar secara beramai-ramai ataupun berkumpulan,bukan tidak mahu, takut nanti tersebar di internet akan mencetuskan persoalan pula. Lebih-lebih lagi kalau bakal orang rumah nampak dan tanya? Hah,niaya nak menjawabnya. hu2. ^^ (# Eh? Bakal Orang Rumah? )

Terima kasih juga pada sidang jemaah muslimin serta adik-adik muslimin yang datang menyapa dan menghulurkan salam demi untuk  mengucapkan perkataan" Terima Kasih". Apalah yang ada pada penulis,sedangkan ilmu ini Allah yang punya.

Penulis cuba sampaikan sahaja. Pinjam dan bagi pinjam. Itu sahaja tugas penulis yang mampu lakukan. Allahul musta'an.





Berikut ialah beberapa gambar ketika mana Forum
dijalankan :=:


2.PENULIS SEDANG MENCATAT KATA-KATA FATIH UTK
DITRANSLATEKAN KEPADA BAHASA.
3.(Waktu ni Penulis tengah semangat nak bagitahu Hadith Nabi saw,
tu yang terangkat tangan tu. hu2. Kalau x salah hadith daripada Jabir radhu,
tangga ketiga, Nabi saw mengaminkan doa malaikat jibril as.
Kelihatan disebelah kiri Penulis ialah Imam Muda Aran
Sebelah kanan ialah Fatih Seferagic
dan disebelah lagi En. Mohd Shah selaku Pegawai Atasan Maahad Tahfiz As Saidiyyah.)








Kini tiba masa yang dinantikan, sedikit rakaman dan bacaan Ayat Suci Al Quran daripada kami bertiga.

SELAMAT MENONTON -


















Rasanya cukup sampai disini. Doakan penulis terus maju jaya didunia dan juga diakhirat. In syaa Allah.
 Amin. Ya Rabb.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wasalammualaikumwarahmatullahitaalawabarakatuh.Nanti kita jumpa lagi, k. ^^

{-NDm WDs-}



1. ADIK-ADIK DARIPADA MAAHAD
TAHFIZ AS -SAIDIYYAH.












Friday, January 25, 2013

Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) MELAKA.


Assalammualaikum. Baru-baru ini Ustaz Alif Abdul Aziz bersama dengan penulis telah diundang ke SM Tahfizul Quran bagi sesi Forum' Mengapa Pemuda dan Pemudi kini meninggalkan sunnah Nabi Muhammad saw'. Sekolah Tahfiz ini terletak di Jasin,Melaka. Penulis bergerak daripada Klang ke Melaka pada hari rabu lepas. Begitu juga dengan Ustaz Alif Abdul Aziz yang berlepas daripada Johor dan lansung ke Melaka.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai. Tiba sahaja disana berpusu-pusu menghulurkan salam. SubhanAllah. Indah sungguh akhlak yg ditunjukkan pelajar2 Tahfiz di sekolah tersebut. Sekolah itu merupakan sekolah lama Ustaz Alif Abdul Aziz sendiri. Kami juga diberi layanan yang istimewa bangat. Alhamdulillah. Adik-adik yang ada cukup baik perilakunya. Itulah contoh akhlak seorang agamawan dan hafizul Quran. ^_^.

Soalan yang diajukan pada penulis ada 2.

Yang pertama ialah "Perana Al Quran dan Sunnah pada pemuda dan pemudi kini".
Yang kedua pula ialah " Mengapa Pemuda dan Pemudi kini meninggalkan sunnah Nabi saw" sama seperti tajuk Forum itu sendiri.

Gambar 1
Syukur pada Allah swt, Ustaz Alif dan penulis dapat menjawabnya. In syaa Allah. Moga mujahadah ini diterima Allah swt. Penulis berharap agar ilmu yang dikongsikan daripada kami dapat digunakan adik2 disekolah itu daripada Ting 1 hinggalah ke Ting 5. Penulis juga menghulurkan salam hormat pada barisan Asatizah serta orang2 alim dan abid disana.Berikut ialah beberapa gambar ketika kami menyampaikan forum tersebut.:


Gambar 2

Gambar 3


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9





Gambar 10

Gambar 11

Gambar serius daripada kami berdua

Penulis sedang berfikir,Ustaz Alif tengah ready nak bg jawapan .

Alhamdulillah rezeki untuk Ustaz Alif dan penulis.

Penulis kagum pada Al Fadhil barisan Asatizah  yang menjaga Sm TQ(JAIM).

Semoga perjalanan dakwah penulis didunia realiti mahupun maya dipermudahkan Allah swt serta mendapat sokongan jauh ataupun dekat daripada rakan-rakan yang mengenali diri penulis ini. Doakan yang terbaik untuk penulis pada masa akan datang. 

Sunday, January 13, 2013

La Tahzan Ya Zaujati Episod 3

La Tahzan Ya Zaujati Episod 3
MYVI merah kepunyaan Ustaz Adam
Alam Suria KLCC. Tempat pertemuan Ustaz Adam dan?
Contoh gambar Syira dan Aiman


Bustanur Rahman Waktu Subuh
Ustaz Adam
Banglo Sasha Faiz dan keluarganya di Bukit Antarabangsa
Ferrari F360 yang melanggari MYVI Ustaz Adam. Milik anak Datuk Faiz.







Subuh menjelma. Matahari mula terbit tinggi ditengah kumpulan awanan yang berkumpul. Kampung Bustanul Rahman yang aman dan tenang itu disulami dengan alunan zikirullah daripada masjid Asy-syakirin.

**
Ummi! Ira! Aiman! Dah bersiap dah? Cepatlah nanti lewat pula kita tiba di KLIA.” Ye,abang. Kami dah siap dah ni!”. Jawab Pn Hjh Alya.
“Ira, tidak apalah. Tidak payah bungkus makanan itu. Kita singgah makan diluar nanti. Pergi dukung si Aiman tu.”. Arah Pn Hjh Alya kepada Ira. “Baik,ummi”jawab Ira segera.

Tepat jam 8.00 pagi. Mereka sekeluarga bertolak ke KLIA selepas bacaan doa oleh yang amat berhormat Pak Haji Amirul. Mereka sedang menuju ke KLIA untuk menyambut Adam yang akan sampai disana daripada Kaherah,Mesir. Adam anak sulung dalam keluarga Pak Haji Amirul. Merupakan seorang alim dan abid. Rendah diri,cukup petah berkata-kata tentang Islam,seorang hafizul quran,menuntut di Al-Azhar,ceria dan “sporting” orangnya.Teguh pendirian dan tegas pada kebenaran.

Dengan izin Allah swt, mereka tiba diperkarangan ketibaan antarabangsa KLIA. Lengang suasana KLIA ketika itu jika nak dibandingkan dengan sambutan ketibaan Daniel tempoh hari. (Manusia dah macam laut dah dekat KLIA nya!) Setelah hampir 15 minit ,Adam masih tidak muncul-muncul lagi. “Abang, Adam kata dia akan sampai dalam pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? “. Tanya Pn Hjh Alya pada suaminya. “Dia kata dalam pukul 3.00 petang,sekarang dah 3.15. X lama lagilah tu. Sabarlah Umminya. “ Sedang elok,mereka sebut-sebut nama Adam, Adam pun muncul daripada jauh dan Ira terlebih dahulu melihat kelibat abangnya itu. “Akhi! Akhi! Kami dekat sini.” Ira memanggil sambil melambai. Pn Hjh Alya dan Pak Haji Amirul turut berpaling. Daripada jauh ada seorang lelaki yang memakai kopiah putih bersih,sederhana tinggi, sedang berjubah sambil dibahu kiri disertakan selendang hijau sebagai sutrah. Cukup mengikut Sunnah baginda Nabi Muhammad saw. SubhanAllah, penulis pun kagum juga, hu2. Tapi ada pula spectmata hitam dipakainya. Anak muda,jiwa bergaya tetap ada. “Eh,Ummi? Anak kita tu mukanya macam kita berdualah,baru abi perasan! Ha2.” Gurau-gurau manja dengan Pn Hjh Alya. “Ish! Abang ni,dah nama pun anak kita. Tapi tinggi dia ikut abang, muka dia ikut Ummi! Balas gurau Pn Hjh Alya. “Eh! Hidung dia ikut Abilah,Nampak ni! Mancung! Ha2. (Pasangan ibu dan ayah yang paling romantik pernah penulis jumpa. Ha2.Kalau pembaca nak tahu,Nabi junjungan kita,ye,Muhammad saw adalah seorang suami yang sangat romantis. Buktinya banyak pada hadis yang dibawakan isteriNya,Aisyah radha.) Lalu dicubitnya Pak Haji Amirul oleh Pn Hjh Alya tanda suruh berhenti bergurau didepan anak-anak lagi. Ira,sempat juga sekali pandang pada Abi dan Umminya yang berperilakuan begitu. Memang dah kenal sangat pun. Mereka memang bahagia bersama. Tiba-tiba terdetik seketika” Apakah suamiku nanti boleh menjadi sebegitu kepadaku? Allah! Tiada jawapan.“ . Ira cuba mengenepikan fikirannya buat sementara waktu. Akhirnya, Adam hadir didepan mereka sekeluarga. Adam segera bersalaman dengan ayahnya,ibunya dan adik-adiknya. “Adam,dah makan?” naluri bertanya seorang ibu. Ketawa kecil,Adam menjawab” Belum Ummi,Adam nak balik rumah makan masakan Ummi.Adam nak makan puas-puas apa yang Ummi akan masakkan untuk Adam sementara Adam ada disini”. “Oh! Sekarang Ummi dah bersara. Sebab kita bakal ada suri rumah tidak lama lagi. Jadi tugas didapur telah diambil alih oleh bakal suri rumah tersebut. Adam jangan risau sebab semua ilmu Ummi dah diturunkan padanya. Jadi setakat ni,Abi kau kata masakan dia sebiji macam Ummi. “ jawab Pn Hjh Alya seolah-olah menujukan pada anak dara yang tersimpul malu jauh ditepi situ. “Hah? SubhanAllah. Ira. Baik bagitahu Akhi! Cepat! Apa yang berlaku ni? Sampai hati potong line sebelum akhi ye! Akhi tak sempat nak cari isteri pun lagi! Ira dah nak bernikah. Hah! Terkejut betul Akhi! Adam bersenda dengan adik perempuannya itu. “ Belum tahu lagi Akhi. Panjang ceritanya. Nanti Ira kongsikan dengan Akhi kalau berkesempatan. Ira pun tengah dilema sebenarnya ni.” Balas Ira. Tiba-tiba satu tangan mengusap kepala Ira. Pak Haji Amirul yang berbuat demikian untuk menenangkan Ira. “ Mintalah jawapan daripada Allah,kalau hati kamu tidak mampu menjawab soalan itu.” Nasihat seorang bapa. “Yalah Ira, Akhi sokong apa pun yang berlaku kiranya perkara itu baik untuk agama dan Ira rasa adalah yang terbaik untuk Ira. Ada apa-apa masalah kongsikanlah dengan Akhi. Akhi Adamkan dah pulang! Senyum pada Ira. Ira turut membalas senyuman abangnya itu. “Ya,Ummi pun sama. Maknanya kita sekeluargalah akan sokong Ira.” Pn Hjh Alya tiba-tiba “into the line”.
    
     Tungttu! Semua terkejut dan berpaling ke belakang. Siapa ? Daripada mana suara pelat itu hadir?
 “ Kat sini! Sini! Bawah ni! Hmm! Aiman x tisah tapi jgnlaa tinggalkan Aiman kat sini !!!! Aiman pun ad hati dan perasan!” . Si budak kenit comel rupanya,Muhd Aiman bin Amirul. “Hu2. Aiman,bukan perasan. Tapi “perasaan” . Kakaknya Aiman,Ira cuba membetulkan tatabahasa sikecil itu. Lalu pergi mengangkat dan mendukungnya. 1 keluarga tertawa kecil dan mereka pun pulang ke Bustanur Rahman.

**
Beberapa hari kemudian. Disebuah rumah banglo 2 tingkat area Bukit Antarabangsa. Seorang wanita muda berumur linkungan 20 an sedang bercakap melalui "I Phone 5"nya.”Hei,Nina. Let’s go out for shopping today. You call Marsha dan ajak dia juga. You all’s tunggu dekat rumah you la, Nina. I datang ambil,k. Dalam 10 a.m nanti, I ‘ll arrive infront of your house. “ Sasha Faiz ! You nak treat kita orang ke? Ha2.”tanya si Nina. “ ‘Of course’ lah,I yang ajak you all’s. Never mind money is not important matter. Yang penting"Girls" Kita enjoy!

“Mom,Sasha Faiz going out right now,ok!” bertanya si Sasha pada ibunya, Datin Aini Farhanah. “Ok,dear. Pergilah tapi jangan pulang lewat sangat. Pocket money ad? Nak mummy tambah extra?”. “Nop! It is enough already. Where is dad? Tanya Sasha“. Your dad pagi-pagi dah keluar. He said ada meeting di office. “Huh! Dad is always like that. Busy and busy and busy. He just knows giving us money! Never had enough time to shared love with his family.” Marah Sasha pada ayahnya Datuk Faiz Syahiran. “Dear, jangan cakap begitu. Kemewahan ini dad yang bagi kerana kasih sayang dia pada kitalah. Thankful!”  Tegur Datin Aini. “Yes,mom. I’ll follow your order.” Keluhan daripada anak dara itu. Mom,Sasha bawa Cooper jelah hari ni.” Eh,hari ni adik kamu nak pakai Mini Cooper itu. Dia nak pergi tuisyen. Kamu guna Ferrari . Pakai yang dua pintu tu. Mummy pakai BMW. Ha! Ada driver senang sikit. Mummy pun nak keluar hari ni. Ok. Ni kuncinya. Take care dear. Mmuah! Cium Pn Aini pada ubun-ubun anak kesayangan dia itu. Datuk Faiz Syahiran dan Datin Aini Farhanah serta dua orang anak perempuannya,Nur Sasha Bt Faiz, 23 tahun dan Nur Zulaika Hanum Bt Faiz,20 tahun. Merupakan keluarga orang kaya-kaya yang menetap dibukit Antarabangsa.
**
Perkampungan Bustanurrahman.

**
“Ummi! Abi! Adam pergi dulu . Ira hulurkan kopiah tu pada Akhi.”  Kata Adam. “Nah! Akhi.” Ira pantas mngambil kopiah putih lalu dihulurnya. “Ira tidak mahu ikut Akhi pergi ke Kuala Lumpur? Boleh tengok syarikat NDm WD tu.” Ajak Adam pada adiknya.” Oh,Ira memang teringin nak tengok syarikat ternama Malaysia itu,Akhi. Ira pernah baca artikel perniagaan tentangnya. Ia syarikat yang bermula daripada bawah dan kini berkat usaha gigih ‘CEO’nya,Allah swt bukakan pintu rezekinya dalam melakukan kerja-kerja dakwah melalui media massa. Tetapi Akhi,setakat ini ‘CEO’ itu tidak pernah disebut namanya. Ira tidak pernah kenal atau terbaca tentang ‘CEO ‘nya walaupun syarikat ia menjadi terbitan banyak artikel. Tiada satu artikel pun dapat mengenal pasti siapa CEO untuk syarikat NDm WD tersebut. Akhi tau?” tanya Ira. “Benar juga tu. Akhi pun tidak tahu. Akhi pernah cuba cari diinternet tapi tiada maklumatnya juga. Yang ada ‘CEO’ itu,’CEO’ini. Itu sahaja nama yang ada bila Akhi baca mana-mana maklumat. X pelah,yang penting Akhi dapat bekerja untuk syarikat itu,In syaa Allah. Doakan Akhi ye!” pujuk Adam pada adiknya,Ira. “Ha2. Ye la Akhi,Adik doakan yang terbaik untuk Akhi. Kalau Akhi senang,adik tumpang senang.” Bodek Ira. “Amboi,dia yang dah nak bernikah. Lagilah senang hati dulu nanti. Ha2!”Adam cuba bergurau untuk mengingatkan Ira tentang lamaran yang diterimanya. Ira masih belum beri sebarang jawapan,masa dah mula mencemburuinya.”Ish!” Ira pantas mencubit Akhinya tanda untuk berhenti bergurau dan pergi segera.” Akhi pergilah. Ira ada kerja hari ni. Semoga Akhi selamat sejahtera.” Ira menyampaikan kata-kata akhir dalam perbualan dengan Akhinya.
Sebuah MYVI merah pun bertolak daripada kawasan perumahan Bustanurrahman.

Lebih kurang 1 jam. Adam tiba di Kuala Lumpur. Arah tuju Adam pada ketika itu adalah untuk ke Pasar Seni Kuala Lumpur. Syarikat itu terletak berhampiran dengan masjid negara. Adam sedang melalui KLCC ketika itu. Sampai disuatu lampu isyarat berdekatan dengan Alam Suria KLCC,Adam memberhentikan kereta kerana lampu pada ketika itu sedang merah. Tiba-tiba sebuah Ferrari merah menerpa laju daripada belakang dan melalui sebelah kanan kereta MYVI milik Adam sehingga ‘Side Mirror” tersebut tertumbuk kedepan dan hampir tercabut. “AstaghfiruAllahaladzim! Terkejut Adam. Adam memerhatikan sekejap kereta apakah itu. Kereta itu berbumbung merah dan kelihatan seperti Ferrari. Terdapat beberapa orang anak dara didalamnya. Adam mula merasa ketidakpuasan hati akan sikap mereka. Adam perlu menegur mereka. Selepas itu lampu isyarat bertukar hijau. Setelah membetulkan cermin sisi keretanya yang hanya separa elok. Adam segera mengikuti kereta Ferrari merah itu hinggalah mereka memberhentikan kereta disuatu tempat “Parking” Alam Suria KLCC. Kemudian bumbung kereta Ferrari itu ditutupi dengan pelindung cahaya matahari secara automatik. Saja nak tunjuk canggihnya kereta luar negara. Malaysia bila lagi? Maka keluarlah 3 orang anak gadis bandar. Seperti tiada apa-apa yang berlaku,mereka keluar daripada kereta dengan gembira dan ketawa girang bahkan ceria. Entah apalah yang dibualkan mereka macam tadi lansung tiada buat apa-apa kesalahan pun.  Adam segera memberhentikan MVYI berdekatan dengan tempat letak kereta Ferrari merah itu. 3 orang anak dara itu terkaku seketika. Adam keluar. “Assalammualaikum. Maaf,cik adik. Boleh saya tahu siapa yang drive Ferrari ni? Boleh kedepan bagitahu saya. “ tegas Adam. “Yes.I’m. Why? “ Seorang wanita muncul daripada belakang lalu kedepan bersemuka dengan Adam sambil mengeluarkan nada memerli. “Cik adik. Tadi Cik adik dah langgar cermin sisi kereta saya. Cik adik pecut macam tu je. Tak patut Cik adik berbuat demikian. Cik adik juga telah langgar lampu merah. Macam mana kalau ada kereta daripada sebelah kanan tadi? Cik adik boleh kena langgar. Cik adik tidak menghormati adab pemandu dijalan raya.”balas Adam segera. “Ha3!Girls tengoklah ustaz ni nak ceramah dekat I lah. You all’s rasa kita patut terima ke ceramah Pak Ustaz ni?” tanya ketua kumpulan anak dara itu pada rakan-rakannya. Dia berpaling melihat rakan-rakannya sekejap. Rakannya pantas mengangguk kerana menghormati orang yang berkopiah. “ Ah! You tidak kenal I siapa,Pak Ustaz. I Nur Sasha Bt Faiz. Anak Datuk Faiz! Setakat cermin you tu I boleh ganti lagi banyak. Ok. Now you nak berapa cakap je dekat I. I bayar you cash dekat sini,waktu ini, dan hari ini. Huh!” jawab Sasha Faiz dengan angkuh. Adam tidak ambil hati kerana Adam tahu orang yang berilmu akan menyelesaikan masalah dengan memberi kesedaran. “ Saya tidak pernah minta pun pada cik Sasha untuk membayarnya semula. Saya cuma nak Cik Sasha tahu dalam dunia ni masih ada perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan duit.” Jawab Adam ringkas. “ Habis tu apa dia?” Sasha Faiz segera menergah Adam. “ Bila ia hal dengan Allah. Cik Sasha gagal menjaga hubungan dengan manusia maknanya Cik Sasha sedang menutup ruang keredhaan Allah untuk Cik Sasha sendiri dan bila Allah tutup,Cik Sasha tidak akan jumpa apa itu erti jalan hidup bertuhan.”

     Nur Sasha Bt Faiz terdiam! Anak Datuk Faiz terdiam selepas mendengar kata-kata orang berpendidikan agama yang bukan anak Datuk,Tan Sri,Dr,atau Senator! Dia terdiam kaku. Tertunduk,malu. Buat kali pertama dalam hidupnya ada seorang jejaka yang menyebut tentang hidup bertuhan dan Tuhan itu ialah Allah padanya secara jelas dan berhikmah. Adam nampak air muka anak dara itu berubah. “ Cik Sasha,saya tidak marah awak. Cuma saya marahkan sikap awak. Janganlah awak malu kerana sikap itu boleh diubah. Ubahlah ia menjadi lebih baik dan sekurang-kurangnya mudah meminta maaf bila tersalah. Jangan sombong pada manusia yang lain. Mujur awak bertemu dengan saya. Saya bukan jenis pemarah. Kalau awak jumpa dengan samseng kampung pisang yang kerjanya membelasah orang macam mana?  Adam berjenaka sedikit untuk menjaga hati dan berdakwah pada anak dara itu. Sasha Faiz ketawa kecil tetapi cuba menyembunyikannya daripada pandangan Pak Ustaz Adam. Kemudian Sasha mendongakkan kepalanya.” Saya minta maaf. Ini duit untuk membaikinya.” Balas Sasha segera. Sekali dilihatnya, Adam dah bergerak menuju ke kereta dan sambil menggelengkan tangan tanda dia tidak mahu menerima wang pembaikan itu. Sasha mula rasa sesuatu dalam hatinya. Hidayah Allah atau cinta? Entah? Penulis pun x tahu. Hu2. Sasha berlari kecil ke kereta Adam lalu diketuknya cermin kereta Adam. Adam berpaling dan membuka tingkap. “ Encik? Eh,Pak Ustaz? Eh?” tanya Sasha. “Saya Adam.” Jawab Adam sambil tersenyum. “Ustaz Adam,boleh tak kalau saya nak minta "no. phone"? Manalah tahu kalau saya ada nak tanya tentang Islam ke? Apa-apa ke? Boleh!” Sasha Faiz cuba untuk mendapatkan talian hayatnya.
“Boleh ini kad peribadi saya. Saya bagi sesi kaunseling dimasjid tempat tinggal saya. Kalau ada apa-apa hal bagitahulah saya. In Syaa Allah. Saya akan hulurkan bantuan selagi boleh.” Jawab Adam. “ Baik. Terima kasih Ustaz Adam. Eh? Adam. Eh? Apa-apalah. Terima kasih atas nasihat tadi. Nice to meet you”. Adam tersenyum lantas berkata “Tak pe. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan ingat pada kita.” Adam kemudiannya berlalu pergi. Dah agak jauh MYVI itu pergi. Tangan Sasha Faiz terangkat dan melambai kearahnya secara tiba-tiba. Huish! Tiba-tiba sahaja ni. Dia berpaling dan terkejut. Rakan-rakannya tersenyum lebar kepadanya. “Eh,kau orang ni kenapa?”. “Haish! Dah cakap melayu dah?” perli kawan-kawannya sambil ketawa. “Betullah,bahasakan budaya kita. Tanda sayangnya pada negara kita ni. Hu2.” Muka Sasha merah padam. “ Dah. Dah. Mari kita pergi. Hari ni lepas kita shopping baju kita singgah MPH ye! Saya Sasha Faiz nak beli sedikit buku untuk masa depan. He2. “Ye lah Tuan Puteri. You yang nak belanja kami. Kami follow je.” Balas si Nina dan Marsha serentak. Saat Sasha nak masuk ke dalam keretanya tiba-tiba teringat akan kereta MYVI Adam yang bewarna merah itu. “Ish! Apa dah jadi dengan aku ni!”Ini bukan cintakan? Tolonglah katakan”Bukan”. Apa-apapun dialah orang pertama yang ingatkan aku pada tuhan. Lama dah aku tak bersama dengan kalimah Allah. Ya Allah. Aku kenal KAU tapi lama dah aku x bersama dengan agama KAU. Aku bertekad tahun ini 2013 adalah satu penghijrahan bagiku. KAU hantarlah padaku seorang pengajar supaya aku boleh kenal KAU semula dan lebih baik untuk kali ini. Ya Allah. Aku ikhlas. Aku ikhlas.Aku benar-benar ikhlas. Bantulah aku.” Nur Sasha Faiz bermonolog dalaman. "Mari kita pergi"kata Sasha pada rakan-rakannya. Vroom...

Wah,cerita ini ada dua hero dan dua heroin rupanya. Ira dan Daniel? Juga mungkin Sasha dengan Adam? Tetapi adakah Ira akan bersetuju dengan lamaran daripada keluarga Daniel itu? Daniel juga tidak pernah pun tahu lagi tentang dirinya yang dijodohkan itu? Bahkan lagi dia artis terkenal masakan berhubung dengan wanita kampung? Kuat agama pula tu? Ya Allah,Apakah yang akan berlaku dan terus berlaku nanti? Adakah Adam yang akan menjadi guru kepada Sasha Faiz yang bertekad untuk berhijrah. Hanya di La Tahzan Ya Zaujati Episod ke 4. Tidak lama lagi di Medan Media Internet anda yang terdekat. In Syaa Allah. Assalammualaikum.