Thursday, July 4, 2013

Youth Ramadhan Countdown bersama Fatih Seferagic dan Imam Muda Aran- Live 2013.



MASJID BANDAR BARU SENAWANG, NEGERI SEMBILAN
AHLI-AHLI TINGGI JAWATAN KUASA,CEO WAMY,TOK IMAM,
EN.MOHD SHAH,IMAM MUDA ARAN, FATIH SEFERAGIC &
WAN DAZRIN.
SUASANA DIDALAM MASJID, MASYA ALLAH.
(Dikhabarkan hampir mencecah angka 900 ahli jemaah yang hadir)
PENULIS BERSAMA ORANG KUAT MAAHAD TAHFIZ DAN FATIH
SEDANG MENUNGGU KEDATANGAN IMAM MUDA ARAN.


Assalammualaikum, sidang pembaca yang dikasihi sekalian. Lama sudah kita tidak bertemu diruangan laman maya berbentuk Blog ini.

Maafkan penulis blog ini kerana tidak mengusik jiwa kalian para pembaca dengan novel penulis yang berjudul" La Tahzan Ya Zaujati" Episod keempat. Penulis sudah pun menyiapkannya. Cuma penulis sedang menunggu masa untuk cari tarikh yang sesuai bagi menerbitkannya. Bersabarlah, menantinya. ya. ^^






 SIDANG JEMAAH MASJID YANG
 KHUSYUK MENDENGAR.
RAKAMAN & GAMBAR OLEH PIHAK WAMY,
MAJALAH KARANG KRAF SERTA TEAM HIJRAH

Hari ini tanggal 4/7/2013. Penulis masih lagi dalam keadaan kepenatan sewaktu menaip ini. Ya. Enggak apa2 an sih, inilah mujahadah demi sebuh syurga yang dijanji-Nya.

Semalam, 3/7/2013. Seperti yang rakan-rakan serta sidang pembaca sekalian mengatahui akannya, penulis dijemput hadir ke Masjid Bandar Baru, Senawang yakni memainkan peranan sebagai Moderator bagi sebuah Forum yang melibatkan ilmuan Antarabangsa dan ilmuan anak kelahiran negeri tempat penulis berkunjung sendiri.

Tetamu yang mendapat gelaran "Panelist' pada malam tersebut ialah Imam yang kini mencipta nama akan kemerduan suaranya di seluruh dunia dan imam muda hasil jadi satu program realiti Tv iaitu "Imam Muda" di Astro Oasis. Mereka berdua ialah Fatih Seferagic dan Imam Muda Aran.

Alhamdulillah, suasana masjid semakin meriah bila cuaca hampir bertembung dengan maghrib dan mencecah  ratusan apabila hari semakin gelap dan mencapai nilai kemuncak bila masa bertemu isyak.

Tidak lupa juga yang turut meriahkan suasana, iaitu kehadiran adik-adik daripada Maahad Tahfiz As Saidiyyah. Tabarakumullahutaala.

Lebih kurang pukul 8.15 hingga pukul 9.45 malam.
Forum berlansung. Penulis bertanggung jawab mengajukan soalan-soalan kritikal dan santai pada kedua-dua panelist yang ada pada malam itu Sehinggakan, kerut-kerut dahi  anak muda yakni  Fatih seferagic disebelah kanan penulis dan tidak pula bagi anak jati kelahiran Negeri Sembilan disebelah kiri penulis,yakni Imam Muda Aran, beliau tenang menjawab dan sempat berjenaka juga dalam menjawab soalan serius daripada penulis.

Apa-apapun penulis memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana berjaya menguruskan Forum itu hingga ke akhirnya. Semuanya adalah kerana rahmat dan berkat Allah swt.

Juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak Wamy, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Masjid Bandar Baru Senawang dan Team Al-Hijrah. Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian dalam terus melakukan dakwah diatas muka bumi ini. Amin.

Penulis juga ingin menyampaikan ribuan rasa maaf pada adik2 muslimat yang ingin bergambar secara beramai-ramai ataupun berkumpulan,bukan tidak mahu, takut nanti tersebar di internet akan mencetuskan persoalan pula. Lebih-lebih lagi kalau bakal orang rumah nampak dan tanya? Hah,niaya nak menjawabnya. hu2. ^^ (# Eh? Bakal Orang Rumah? )

Terima kasih juga pada sidang jemaah muslimin serta adik-adik muslimin yang datang menyapa dan menghulurkan salam demi untuk  mengucapkan perkataan" Terima Kasih". Apalah yang ada pada penulis,sedangkan ilmu ini Allah yang punya.

Penulis cuba sampaikan sahaja. Pinjam dan bagi pinjam. Itu sahaja tugas penulis yang mampu lakukan. Allahul musta'an.





Berikut ialah beberapa gambar ketika mana Forum
dijalankan :=:


2.PENULIS SEDANG MENCATAT KATA-KATA FATIH UTK
DITRANSLATEKAN KEPADA BAHASA.
3.(Waktu ni Penulis tengah semangat nak bagitahu Hadith Nabi saw,
tu yang terangkat tangan tu. hu2. Kalau x salah hadith daripada Jabir radhu,
tangga ketiga, Nabi saw mengaminkan doa malaikat jibril as.
Kelihatan disebelah kiri Penulis ialah Imam Muda Aran
Sebelah kanan ialah Fatih Seferagic
dan disebelah lagi En. Mohd Shah selaku Pegawai Atasan Maahad Tahfiz As Saidiyyah.)








Kini tiba masa yang dinantikan, sedikit rakaman dan bacaan Ayat Suci Al Quran daripada kami bertiga.

SELAMAT MENONTON -


















Rasanya cukup sampai disini. Doakan penulis terus maju jaya didunia dan juga diakhirat. In syaa Allah.
 Amin. Ya Rabb.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wasalammualaikumwarahmatullahitaalawabarakatuh.Nanti kita jumpa lagi, k. ^^

{-NDm WDs-}



1. ADIK-ADIK DARIPADA MAAHAD
TAHFIZ AS -SAIDIYYAH.