Monday, December 31, 2012

NDm WD- Greeting Post



Assalammualaikumwarahmatullah.
  **
Sebelum Wan pergi jauh, Wan sediakan ucapan ini sebagai tatapan permulaan:
“Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah nikmat iman dan IslamNYA kini ana mampu berkongsi ilmu dan pengalaman pada bakal-bakal penjengah ruangan ndmwd.blogspot.com ini. Tiada apa-apalah yang ku harapkan melainkan masa dan tenaga agar dapat digunakan untuk menjayakan blog ini. Juga tidak lupa kepada ibu bapa Wan yang memberi sumbangan jasa,tenaga,masa,dan wang kepada anak mereka ini untuk melakukan kerja dakwah dan penyebaran Islam dimata dunia. Ditambah pula dengan nenek Wan yang kini berusia hampir 80’an itu, masih lagi suka untuk berkongsi ilmunya kepada cucunya ini dan malah sedang terus mendalami ilmu agama di pusat pondok Islamiyah, Kuala Selangor. Sesungguhnya semangatnya mengajar Wan tidak kenal erti putus asa. Terima kasih nenek. =).
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan,adik-adik,kakak,abang, Encik dan Puan, Haji dan Hajah, Datin dan Datuk,Tan Sri dan Senator( Ini tiada pun sebenarnya ye, hiperbola je tu,hu2) yang pernah mengenali Wan,Wan dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih buat kali ini kerana sudi memberi sokongan semangat pada Wan untuk menjayakan ruangan pena maya Wan pada tahun baru 2013 ini.

Objektif ruangan pena maya ndmwd.blogspot.com. ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan pengalaman dalam mendalami ilmu Islam daripada penulis mengikut kreativiti atau ilham yang hadir dalam diri penulis.

Misi dan visi pula( dah macam sekolah ye? X pelah barulah nampak teratur dan jelas kepada page viewer)
Misi blog ini adalah semata-mata untuk mengajak mengingati Allah SWT sebagai Tuhan kita yang satu dan Nabi Muhammad Saw sebagai nabi junjungan kita untuk sepanjang hayat sehingga nyawa pinjaman kita ditarik semula nanti.

Visi blog ini pula apa ye?

- Visi blog ini adalah melahirkan insan yang ada apa dengan Islam serta dapat memahami Islam itu bagaimana dan apa sebenarnya justeru memperoleh pengajaran untuk mencintai agama Islam dan besederhana pada dunia-

Wah, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt.

Baiklah,kita dah ada ucapan penghargaan,objektif,misi dan visi. Rasanya dah lengkapkan. Adakah masih ada yang kurang? Misi,lagi visi, apa lagi ye?  Ha'a, betul,betul,betul, moto hidup?
  (. ==', -> Saya x nak tahu pun Wan. )

Baiklah, =) ,Wan kena bagitahu supaya pembaca juga turut ada pedoman untuk mencipta moto hidup sendiri. Lebih terarah hidup kamu nanti.
 
Moto hidup Wan adalah 7 M.

1.Muhasabah(Nilai diri)
2.Muraqabah(Ihsan)
3.Musyaratah(Matlamat)
4.Mu'qabah(Jiwa dididik)
5.Mujahadah(Sungguh-sungguh)
6.Mu'atabah(Kritik diri)
7.Mawaddah(Kasih sayang)


OK, jelas.
Baik cukuplah pendahuluan Wan ini sebagai langkah kenalan pertama kita buat yang baru atau yang lama. Sebelum itu, sebarang komen atau kritikan daripada mana-mana ustaz,ustazah,guru-guru,para ilmuwan,para cendekiawan dan orang yang berkemahiran untuk membetulkan post-post Wan pada masa-masa akan datang adalah amat dialu-alukan sebagai langkah anjakan paradigma pemilik blog melangkah dibumi Allah swt ini pada jalan yang benar dan baik. In syaa Allah.

NOTA DRPD HATI- "Sebelum itu, Wan nak sampaikan satu benda daripada hati Wan. Pembaca mungkin waktu ini kamu sedang lihat Wan sebagai seorang yang ceria. Benar, =), Wan boleh jadi orang yang ceria pada waktunya dan ada masanya juga Wan seorang yang serius. Itu tandanya normal bagi seorang manusia yang hidupnya ada ilmu. Ilmu mematangkan kita,K. Itu sahaja.)

Akhir sekali, “TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN PADA SEMUA YANG MENYOKONG WAN DAN TERUSKAN BERSAMA WAN UNTUK MENGEJAR JANNAH ALLAH SWT”

Ikhlas Wan. NDm WD.

4 comments: