Monday, January 7, 2013

La Tahzan Ya Zaujati Episod 2


Shreeetttttttt……Bunyi tayar sebuah kapal terbang yang mendarat jauh ditengah landasan menjadi penanda bagi permulaan episode yang kedua ini.

 Setelah itu, Kapal Terbang Airbus A380 terus ke pangkalannya bagi menurunkan kesemua penumpang yang berada didalam pesawat. “Ding dong. To all passengers please remain seated. Hopefully there is no individual action before any instruction being given. We are trying to manage all passengers to get out from the plane as fast as possible. Patient while waiting your turn”.
Arahan seperti ini dikeluarkan semata-mata untuk membawa keluar artis-artis dan pihak pengurusan media yang ada didalam pesawat terlebih dahulu.  Maka pihak security telah menyediakan lebih kurang puluhan pengawal peribadi artis untuk mengawal setiap artis yang hadir dan turut disediakan ratusan pihak pengawasan yang lain pada jalan yang akan dilalui untuk ke kenderaan nanti. Keadaan haru biru dan amat bising dilaman utama ketibaan penumpang luar negara. Sehinggakan boleh didengar teriakan sana sini hampir 300 meter jauhnya.
Perlepasan VVIP diutamakan. Maka datanglah seorang pramugara dan pramugari bagi menjemput artis lelaki terkenal Malaysia itu untuk keluar daripada Kapal Terbang. Selepas itu,satu persatu, artis demi artis keluar daripada pesawat. Setelah habis kesemua mereka keluar barulah dibenarkan penumpang lain keluar. Kemudian,mereka dibawa untuk menjamu selera terlebih dahulu di restoran 5 bintang kerana mendapat tajaan percuma oleh pihak KLIA. Sedang enak menjamu selera diantara sesama artis,tiba-tiba telefon artis Malaysia itu berbunyi. Lebih menarik lagunya sendiri sebagai ringtone buat telefonnya itu. Selepas itu artis terkenal itu segera mengangkatnya. ” Assalammualaikum,Daniel”bergema suara yang biasa sangat dengan liang telinga artis itu sejak daripada lahir lagi. “Dad! Waalaikumsalam. How are you? ”jawab artis lelaki itu dengan perasaan yang gembira. “Oh,fine,son. Kau kenal lagi suara ayah kau ni? Ingatkan dah lupa dah? Asyik dekat negara orang . Rumah sendiri x reti nak balik! “ tegur-tegur rindu seorang ayah. “Ha2, dad. I’m so sorry for everything. You know right, I have a lot of concert to do but don’t worry dad because your son are faithful one. So whenever there is an order from both of you, I’ll definitely go for it. Just say what you want. Ha2!” seloroh Daniel Bin Abdullah. Ye,inilah nama yang di kenali dunia,kelahiran Malaysia yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang nyanyian. Juara AJL 28,29 dan 30. AIM 29 dan 30. Turut merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Malaysia 2 kali berturut-turut. Oh,cukuplah promosi pasal kejayaannya. “ Ha! Ok,son. Ayah remember kata-kata kamu itu,jangan tarik balik nanti. Ni,mak kamu ni rindu sangat dekat kamu. Kamu dah lah satu-satunya anak kesayangan dia. Dia nak jumpa kamu dalam 1 jam daripada sekarang ,kalau x dia takkan masakkan kau makanan kegemaran kau . Jumpa ayah dengan ibu di rumah nanti.”jawab Dato Abdullah. ‘Sorry,dad. What? Ibu nak masak ayam masak lemak cili api? Tapi,dad, 1 hour ….?How come I’m goanna too?” Balas Daniel pantas. Dia terus bangun daripada tempat duduk. “I’m sorry everyone I have to go right now, both of you please follows me (Daniel mengarahkan 2 pengawal peribadinya untuk membawanya keluar hingga kedalam kereta) Please lend me some KLIA security officers too” kata Daniel kepada manager KLIA yang segera terus mengarah pegawai lain untuk bersiap.   Semua artis yang tengah makan bersamanya tertanya-tertanya.
Daniel terus memakai topi dan spect mata seperti biasa pakaian adalah lambang kemodenannya. Dia tahu gaya dia pasti akan menjadi perhatian dan buah kata orang ramai. Dia turut mengarahkan bagasinya dibawa masuk kedalam kenderaan milik ayahnya itu terlebih dahulu. Selepas itu dia pun keluar bersama pengawal peribadi dan puluhan pengawal KLIA yang lain. Saat sahaja tiba didepan pintu ketibaan,lantas semua manusia yang ada disitu menjerit nama Daniel. Beratus-ratus kali ulangan. Seperti biasa ada yang akan cuba menempuh untuk mendapatkan apa-apa sahaja daripada Daniel,tidak kiralah bergambar ke? Tanda tangan ke? Namun begitu Daniel tetap nak cepat pulang ke rumah. Peminat tertanya-tanya mengapa Daniel bergitu tergesa-gesa. Wartawan juga tidak sempat menemu ramah Daniel tentang konsert rahsia di Korea. Daniel mengarahkan pengawal-pengawal untuk terus membawanya kedalam Lamborghini Gallardo milik ayahnya. Daniel sempat melihat berapa ramai peminat yang hadir dan mereka yang berada disemua tingkat sedang melambai kepadanya. Tapi Daniel hanya tersenyum tanpa melambai kembali. Sombong! Daniel dan pengawal yang menjaganya hanya dapat berjalan lancar apabila mereka tiba dalam laluan berpagar sahaja. Peminat tetap berlari mengikutinya demi meminta tandatangannya. Perkara biasa buat Daniel. Daniel sengaja  menandatangani sebahagian kecil permintaan peminatnya. Daniel seorang yang kacak seperti ayahnya juga . Rupa dan suaranya adalah 1 pakej yang lengkap untuk menjadi seorang lelaki idaman ramai wanita tetapi  bukan pula pada seorang yang solehah dan cintanya untuk agama yang mungkin akan hadir disisinya nanti . Oleh sebab itu, dirinya asyik dikaitkan dengan beberapa artis wanita terkenal Malaysia dan juga luar negara.  Seperti biasa kesombongan Daniel menolak segala yang ada. Akhirnya Daniel dapat juga berada didalam kereta dan bertolak. Dia sempat membuka cermin dan melambai tangan pada peminatnya buat kali terakhir untuk menjaga hati mereka. Kereta Daniel dikuti oleh dua orang anggota polis trafik.

***
Diperkampungan Bustanul Rahman. Hening malam! Bulan purnama menyinari perkampungan tersebut.
***
SodakAllahuladzim…..Selesai membaca Al Quran resm uthmani. Lalu Ira mengucupi Al Quran tersebut tanda sayangnya dia pada warisan yang paling bernilai ditinggalkan Nabi Junjungan Umat Islam,iaitu Nabi Muhammad Saw. Ira rasa begitu tenang ketika itu. Selepas merasakan ketenangan yang sebegitu rupa,Ira teringat akan pesan Imam Ghazali Rah dengan 3 cara kamu dapat ketemui hati kamu sama ada ia penuh dengan hidayah Allah swt atau pun sebaliknya yakni suatu kekosongan. Ira bermonolog dalaman “Cara pertama untuk kenal hati kita, emm, ap ye? Oh! Imam Ghazali rah kata” dengan solat. Selepas solat , kalau kita rasa tenang maka solat kita itu dilakukan dengan sepenuh hati. Jadi hati kita ini benar-benar rela untuk menjadi hamba Allah swt. SubhanAllah. Yang kedua pula, emm? Rasanya dengan baca Al Quran. Ye,betullah tu. Baca Al Quran ,kalau tenang selepas membacanya maknanya hati ini sudah menyukai ayat-ayat Allah swt.  Alhamdulillah. Ya Allah,kekalkanlah keadaan ini buat hatiku untuk selama-lamanya. Janganlah KAU pesongkan walaupun sedikit. Tetapkanlah ia didalam hati ni dan pahatkanlah ia didalam hati bakal suami? Ira terkaku seketika. Suami? Hatiku masih belum terbuka untuk seorang teman hidup. Ira cuba mengimbas kembali saat selepas selesai solat maghrib tadi.

**
Selepas bersalaman. Pak Haji Amirul mengenyit mata pada isterinya Pn Hjh Alya tanda untuk memulakan perbincangan yang ditunggu-tunggu sejak semalam lagi.
Pak Haji Amirul memulakan terlebih dahulu “ Syahirah, x pe, biarkan sejadah tu dulu,x payah kemas,biar abah kemaskan sambil senyum kepada anak perempuannya itu. Hmm! Terkejut Ira dengan kelakuan ayahnya yang biasanya garang depan anak-anaknya. Ye,Abi? Kenapa? Ada apa Abi? Tanya Ira segera. Ira sempat memandang wajah Umminya sekali paling tapi Umminya pun sama tersenyum tanpa sebab juga.
“Begini, Ira masih ingat x Pak cik Abdullah seorang kontraktor besar di Kuala Lumpur yang datang ke kampung kita untuk menambah luaskan masjid Bustanul Rahman di kampung kita ni? Ingat ?Teman rapat Abi untuk sementara waktu dulu tu? “ tanya Pak Haji Amirul pada Ira. “ Oh! Pak Abdullah maksud Abi? Pak Abdullahkan datang sementara sahaja untuk melihat projeknya dah dilaksanakan ke belum? Itu sahajakan? Pak Abdullah tu memang patut jadi sahabat Abi, semua citarasa sama”. Hu2. Ketawa kecil manis anak dara itu cuba bergurau dengan ayahnya.  “Hah! Itulah pasal. Masalahnya yang hal ini pun sama juga”. Ha3. Ketawa besar Pak Haji Amirul. “Abi ! Hal apa ni? “ wajah Ira berubah serius seperti mana dia mengajar budak-budak mengaji Al Quran. Pak Haji Amirul nampak reaksi Ira berubah maka dia pun kena ikut Ira jadi serius. “Ehem! (Dengan nada tegas sambil muka serius) “ batuk Pak Haji Amirul. “Ha2”. Ketawa kecil Pn Hajah Alya kerana faham akan sifat suaminya yang suka berjenaka.
“Ira,sebenarnya Abi dan Ummi didatangi rombongan masuk meminang kamu. Rombongan datang jauh daripada Kuala Lumpur. Ira nak tahu siapa yang datangnya?” tanya Pak Haji Amirul. “Pak Abdullah?” Ira cuba meneka sambil perasaannya yang kian sedang bercampur baur. “ Ye. Pak Abdullah dan Puan Hannan serta beberapa ahli keluarga mereka dah datang sini dan mereka mahu meminangkan kamu dengan anak lelaki mereka. Nama dia Muhammad Daniel Bin Abdullah. Ini gambarnya. Hensem orangnya.
Ira cuba mengambil gambar yang diberi oleh ayahnya lalu melihatnya. “Eh, macam pernah tengok tapi dimana ye? Ira cuba bermain dengan mindanya tetapi dia tidak juga dapat meneka daripada mana perasaan seolah-olah pernah tahu atau kenal pada lelaki itu.  
“Tapi Abi,mengapa saya menjadi pilihan mereka? “ tanya Syahirah. “ Abi ada bertanyakan soalan ini pada Pak Abdullah. Lantas Pak Abdullah menceritakan begini.

Pak Haji Amirul. Aku kagum dengan didikan agama yang kau berikan pada anak-anak kau si Syahirah dan Aiman. Tidak kiralah yang besar atau yang kecil mereka cukup berpengetahuan dalam agama. Hari itu, ketika aku pergi menjengahkan diri dimasjid. Aku terdengar akan seorang ustazah yang sedang mengajar anak-anak kampung belajar mengaji Al Quran. Lantas aku bertanyakan pada orang. Siapa ustazah tu? Mereka kata itu Syahirah Zamzari Bt Amirul. Anak kau. SubhanAllah. Aku ni dah lanjut usia sama macam kau, Amirul.Tetapi ilmu agama aku tidaklah setaraf dengan kau,bagai langit dan bumi bezanya kita. Aku punya harta sementara didunia tetapi aku x punya harta berkekalan diakhirat. Jadi hari itu aku telah berbincang dengan isteri, kami berdua bertekad untuk menunaikan Haji tidak lama lagi dan kami juga teringin nak ada seorang menantu yang tahu agama dan dapat berkongsi segala ilmu bersama kami sekeluarga. Kami hanya mempunyai seorang anak. Dia seorang yang baik sebenarnya cuma kehidupannya berbeza. Daniel,dia dibesarkan seorang-seorang. Alhamdulillah,dia bukan seorang anak yang manja dan jahat. Kami berikan dia harta tapi kami didik untuk menjadi pengurusnya. Jadi dia dah belajar mengurus diri dan harta dengan baik daripada kecil lagi. Cuma itulah? Dia tidak lebih kepada agama. Dia berada pada kelasnya tersendiri dalam dunia hiburan. Kamu mungkin akan terkejut bila kamu kenalnya nanti. Syahirah juga mungkin. (Bukan Syahirah je, 1 Malaysia. ==’. Daniel tu artis antarabangsa)Baiklah, kami juga ikhlas untuk menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka berdua. Daripada A sampai Z. Keluarga Pak Haji tidak perlu keluarkan apa-apa daripada sudut kewangan cuma yang paling penting kini ialah persetujuan Syahirah Zamzari dan kebenaran Pak Hji dan Pn Hajah juga.”

“Abi! Ummi! Irakan dah terima tawaran untuk belajar di Ain Shams Universiti dan juga akan pergi tidak lama lagi. Lagipun usia Ira!” teberhenti seketika kerana Pn Hajah Alya menyambung perbualan “ Ira,kalau pasal usia,Ummi x pernah kisahkannya kerana Ummi kenal anak Ummi, Ira lebih matang daripada usia Ira sekarang. Ira tahukan bercinta lepas bernikah lebih baik. Inilah peluang Ira untuk bercinta selepas nikah. Ira tidak akan terganggu dengan godaan lain lagi apabila Ira mempunyai suami. Sekurang-kurangnya ada orang boleh tengokkan Ira disana. Suami Iralah tu. Kami serahkan pada Ira. Kami tidak memaksa. Kalau nak bertanya dan dah ada jawapan bagitahu Ummi dan Abi”.

**
Ira tersedar setelah terlamun jauh.
**
Syahirah menadah tangannya “Ya Allah. Apakah ujian atau kesenangan yang KAU berikan kepadaku. Kalaulah ini ujianmu Allah, KAU permudahkanlah perjalananku mengatasinya. Kalau ini kesenanganMU maka aku bersyukur padaMU kerana aku tahu dikau menciptakan jalan yang terbaik untuk setiap hamba yang beriman padaMU.”
Nampaknya kena buat solat Istikharah nanti. Monolog Ira seorang diri. Eh,sebentar! Apa pula peringatan yang ketiga oleh Imam Ghazali rah ye? 1. Solat 2. Baca Al Quran. 3.? Apa dia? Hmm! Ira kena rujuk balik dalam buku pesanan Imam Ghazali rah ni. Cintanya pada agama mengalahkan cinta dunia yang ada. Ira lantas menyelongkari kotak-kotak simpanan bukunya dan tiba-tiba,eh, ha’a! Ye,itulah dia. Alhamdulillah. Ira dah ingat. Yang ketiga ialah kematian. Ya,Allah,sudah tentu saat itu adalah paling menginsafkan diri. Harap tidaklah sampai tahap ketiga ini. Ya Allah, kekalkanlah keadaan hatiku begini kerana aku telah temui siapa yang berada didalam hatiku. Ya. Engkaulah Allah. Hanya engkau. (Anak dara putih berseri itu tersenyum sambil mendongak ke langit.)

Keesokkan harinya,azan subuh berkumandang mengejutkan semua penduduk Bustanul Rahman. Bilal Bustanul Rahman iaitu Aimadhuddin yang memiliki suara tersendiri dalam laungan azan mampu mengejutkan hampir kesemua penduduk kampung Bustanul Rahman itu. Ayam tidak lagi perlu bekerja diwaktu pagi kerana Bilal Bustanul Rahman dah ada.  Didalam masjid,selepas solat subuh yang di imamkan oleh Ustaz Abid . Seterusnya Kulliyah subuh yg disampaikan oleh Ustaz jemputan daripada Kelantan. Asal Kelantan tetapi menetap di Klang.  Setelah selesai semuanya. Nazir Masjid Afiq Khai membuat pengumuman. Pengumuman pertama., In syaa Allah. Sesiapa yang sudi untuk mewakafkan duit demi penambahbaikan lagi masjid kita ini. Silalah berbuat demikian.
Pengumuman kedua, Ustaz Adam akan tiba hari ini diKLIA setelah pulang daripada Kaherah,Mesir. Ustaz Adam akan bersama pimpinan masjid kita untuk membuat ceramah dan tazkirah atau kulliyah seminggu sekali selama lebih kurang 3 bulan begitu. Hadirin dan hadirat bolehlah rujuk jadual waktu yang ditetapkan pihak masjid untuk sesi kulliyah Ustaz Adam. In syaa Allah. Sekian sahaja, Assalammualaikum. Bersurai.

Adam? Seorang jejaka alim dan tawaduk kian pulang bertemu keluarganya Pak Haji Amirul dan apakah pula yang bakal menjadi jawapan Syahirah Zamzari untuk lamaran itu? Apakah Daniel sudah mengetahui nasibnya yang akan dikahwinkan oleh seorang wanita yang memiliki pegangan agama? Apakah Daniel mampu menerima sidia? Apakah mereka berdua mampu memahami di antara satu sama lain? Nak tahu? Nantikan La Tahzan Ya Zaujati di Episod ke-3. Tidak lama lagi. In syaa Allah.

2 comments:

  1. Kenapa saya jadi isteri amirul? Kenapa? Siapa amirul? Hahaha. Keep it up !

    ReplyDelete
  2. Tersnyum saat mnbca dan mngalir air mata saat trbca ketaatan ira dlm agama..

    ReplyDelete