Subuh menjelma. Matahari mula terbit tinggi ditengah
kumpulan awanan yang berkumpul. Kampung Bustanul Rahman yang aman dan tenang
itu disulami dengan alunan zikirullah daripada masjid Asy-syakirin.
**
Ummi! Ira! Aiman! Dah bersiap dah? Cepatlah nanti lewat pula kita tiba di
KLIA.” Ye,abang. Kami dah siap dah ni!”. Jawab Pn Hjh Alya.
“Ira, tidak apalah. Tidak payah bungkus makanan itu. Kita singgah makan diluar
nanti. Pergi dukung si Aiman tu.”. Arah Pn Hjh Alya kepada Ira.
“Baik,ummi”jawab Ira segera.
Tepat jam 8.00 pagi. Mereka sekeluarga bertolak ke KLIA selepas bacaan doa oleh
yang amat berhormat Pak Haji Amirul. Mereka sedang menuju ke KLIA untuk
menyambut Adam yang akan sampai disana daripada Kaherah,Mesir. Adam anak sulung
dalam keluarga Pak Haji Amirul. Merupakan seorang alim dan abid. Rendah
diri,cukup petah berkata-kata tentang Islam,seorang hafizul quran,menuntut di
Al-Azhar,ceria dan “sporting” orangnya.Teguh pendirian dan tegas pada
kebenaran.
Dengan izin Allah swt, mereka tiba diperkarangan ketibaan antarabangsa KLIA.
Lengang suasana KLIA ketika itu jika nak dibandingkan dengan sambutan ketibaan
Daniel tempoh hari. (Manusia dah macam laut dah dekat KLIA nya!) Setelah hampir
15 minit ,Adam masih tidak muncul-muncul lagi. “Abang, Adam kata dia akan
sampai dalam pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? “. Tanya Pn Hjh Alya pada
suaminya. “Dia kata dalam pukul 3.00 petang,sekarang dah 3.15. X lama lagilah
tu. Sabarlah Umminya. “ Sedang elok,mereka sebut-sebut nama Adam, Adam pun
muncul daripada jauh dan Ira terlebih dahulu melihat kelibat abangnya itu.
“Akhi! Akhi! Kami dekat sini.” Ira memanggil sambil melambai. Pn Hjh Alya dan
Pak Haji Amirul turut berpaling. Daripada jauh ada seorang lelaki yang memakai
kopiah putih bersih,sederhana tinggi, sedang berjubah sambil dibahu kiri
disertakan selendang hijau sebagai sutrah. Cukup mengikut Sunnah baginda Nabi
Muhammad saw. SubhanAllah, penulis pun kagum juga, hu2. Tapi ada pula spectmata
hitam dipakainya. Anak muda,jiwa bergaya tetap ada. “Eh,Ummi? Anak kita tu
mukanya macam kita berdualah,baru abi perasan! Ha2.” Gurau-gurau manja dengan
Pn Hjh Alya. “Ish! Abang ni,dah nama pun anak kita. Tapi tinggi dia ikut abang,
muka dia ikut Ummi! Balas gurau Pn Hjh Alya. “Eh! Hidung dia ikut Abilah,Nampak
ni! Mancung! Ha2. (Pasangan ibu dan ayah yang paling romantik pernah penulis
jumpa. Ha2.Kalau pembaca nak tahu,Nabi junjungan kita,ye,Muhammad saw adalah
seorang suami yang sangat romantis. Buktinya banyak pada hadis yang dibawakan
isteriNya,Aisyah radha.) Lalu dicubitnya Pak Haji Amirul oleh Pn Hjh Alya tanda
suruh berhenti bergurau didepan anak-anak lagi. Ira,sempat juga sekali pandang
pada Abi dan Umminya yang berperilakuan begitu. Memang dah kenal sangat pun.
Mereka memang bahagia bersama. Tiba-tiba terdetik seketika” Apakah suamiku
nanti boleh menjadi sebegitu kepadaku? Allah! Tiada jawapan.“ . Ira cuba
mengenepikan fikirannya buat sementara waktu. Akhirnya, Adam hadir didepan
mereka sekeluarga. Adam segera bersalaman dengan ayahnya,ibunya dan
adik-adiknya. “Adam,dah makan?” naluri bertanya seorang ibu. Ketawa kecil,Adam
menjawab” Belum Ummi,Adam nak balik rumah makan masakan Ummi.Adam nak makan
puas-puas apa yang Ummi akan masakkan untuk Adam sementara Adam ada disini”.
“Oh! Sekarang Ummi dah bersara. Sebab kita bakal ada suri rumah tidak lama
lagi. Jadi tugas didapur telah diambil alih oleh bakal suri rumah tersebut.
Adam jangan risau sebab semua ilmu Ummi dah diturunkan padanya. Jadi setakat
ni,Abi kau kata masakan dia sebiji macam Ummi. “ jawab Pn Hjh Alya seolah-olah
menujukan pada anak dara yang tersimpul malu jauh ditepi situ. “Hah?
SubhanAllah. Ira. Baik bagitahu Akhi! Cepat! Apa yang berlaku ni? Sampai hati
potong line sebelum akhi ye! Akhi tak sempat nak cari isteri pun lagi! Ira dah
nak bernikah. Hah! Terkejut betul Akhi! Adam bersenda dengan adik perempuannya
itu. “ Belum tahu lagi Akhi. Panjang ceritanya. Nanti Ira kongsikan dengan Akhi
kalau berkesempatan. Ira pun tengah dilema sebenarnya ni.” Balas Ira. Tiba-tiba
satu tangan mengusap kepala Ira. Pak Haji Amirul yang berbuat demikian untuk
menenangkan Ira. “ Mintalah jawapan daripada Allah,kalau hati kamu tidak mampu
menjawab soalan itu.” Nasihat seorang bapa. “Yalah Ira, Akhi sokong apa pun
yang berlaku kiranya perkara itu baik untuk agama dan Ira rasa adalah yang
terbaik untuk Ira. Ada apa-apa masalah kongsikanlah dengan Akhi. Akhi Adamkan
dah pulang! Senyum pada Ira. Ira turut membalas senyuman abangnya itu. “Ya,Ummi
pun sama. Maknanya kita sekeluargalah akan sokong Ira.” Pn Hjh Alya tiba-tiba
“into the line”.
Tungttu! Semua terkejut dan berpaling ke belakang.
Siapa ? Daripada mana suara pelat itu hadir?
“ Kat sini! Sini! Bawah ni! Hmm! Aiman x tisah tapi jgnlaa tinggalkan
Aiman kat sini !!!! Aiman pun ad hati dan perasan!” . Si budak kenit comel
rupanya,Muhd Aiman bin Amirul. “Hu2. Aiman,bukan perasan. Tapi “perasaan” .
Kakaknya Aiman,Ira cuba membetulkan tatabahasa sikecil itu. Lalu pergi
mengangkat dan mendukungnya. 1 keluarga tertawa kecil dan mereka pun pulang ke
Bustanur Rahman.
**
Beberapa hari kemudian. Disebuah rumah banglo 2 tingkat area Bukit
Antarabangsa. Seorang wanita muda berumur linkungan 20 an sedang bercakap
melalui "I Phone 5"nya.”Hei,Nina. Let’s go out for shopping today.
You call Marsha dan ajak dia juga. You all’s tunggu dekat rumah you la, Nina. I
datang ambil,k. Dalam 10 a.m nanti, I ‘ll arrive infront of your house. “ Sasha
Faiz ! You nak treat kita orang ke? Ha2.”tanya si Nina. “ ‘Of course’ lah,I
yang ajak you all’s. Never mind money is not important matter. Yang
penting"Girls" Kita enjoy!
“Mom,Sasha Faiz going out right now,ok!” bertanya si Sasha pada ibunya, Datin
Aini Farhanah. “Ok,dear. Pergilah tapi jangan pulang lewat sangat. Pocket money
ad? Nak mummy tambah extra?”. “Nop! It is enough already. Where is dad? Tanya
Sasha“. Your dad pagi-pagi dah keluar. He said ada meeting di office. “Huh! Dad
is always like that. Busy and busy and busy. He just knows giving us money!
Never had enough time to shared love with his family.” Marah Sasha pada ayahnya
Datuk Faiz Syahiran. “Dear, jangan cakap begitu. Kemewahan ini dad yang bagi
kerana kasih sayang dia pada kitalah. Thankful!” Tegur Datin Aini.
“Yes,mom. I’ll follow your order.” Keluhan daripada anak dara itu. Mom,Sasha
bawa Cooper jelah hari ni.” Eh,hari ni adik kamu nak pakai Mini Cooper itu. Dia
nak pergi tuisyen. Kamu guna Ferrari . Pakai yang dua pintu tu. Mummy
pakai BMW. Ha! Ada driver senang sikit. Mummy pun nak keluar hari ni. Ok. Ni
kuncinya. Take care dear. Mmuah! Cium Pn Aini pada ubun-ubun anak kesayangan
dia itu. Datuk Faiz Syahiran dan Datin Aini Farhanah serta dua orang anak
perempuannya,Nur Sasha Bt Faiz, 23 tahun dan Nur Zulaika Hanum Bt Faiz,20
tahun. Merupakan keluarga orang kaya-kaya yang menetap dibukit Antarabangsa.
**
Perkampungan Bustanurrahman.
**
“Ummi! Abi! Adam pergi dulu . Ira hulurkan kopiah tu pada Akhi.” Kata
Adam. “Nah! Akhi.” Ira pantas mngambil kopiah putih lalu dihulurnya. “Ira tidak
mahu ikut Akhi pergi ke Kuala Lumpur? Boleh tengok syarikat NDm WD tu.” Ajak
Adam pada adiknya.” Oh,Ira memang teringin nak tengok syarikat ternama Malaysia
itu,Akhi. Ira pernah baca artikel perniagaan tentangnya. Ia syarikat yang
bermula daripada bawah dan kini berkat usaha gigih ‘CEO’nya,Allah swt bukakan
pintu rezekinya dalam melakukan kerja-kerja dakwah melalui media massa. Tetapi
Akhi,setakat ini ‘CEO’ itu tidak pernah disebut namanya. Ira tidak pernah kenal
atau terbaca tentang ‘CEO ‘nya walaupun syarikat ia menjadi terbitan banyak
artikel. Tiada satu artikel pun dapat mengenal pasti siapa CEO untuk syarikat
NDm WD tersebut. Akhi tau?” tanya Ira. “Benar juga tu. Akhi pun tidak tahu.
Akhi pernah cuba cari diinternet tapi tiada maklumatnya juga. Yang ada ‘CEO’
itu,’CEO’ini. Itu sahaja nama yang ada bila Akhi baca mana-mana maklumat. X pelah,yang
penting Akhi dapat bekerja untuk syarikat itu,In syaa Allah. Doakan Akhi ye!”
pujuk Adam pada adiknya,Ira. “Ha2. Ye la Akhi,Adik doakan yang terbaik untuk
Akhi. Kalau Akhi senang,adik tumpang senang.” Bodek Ira. “Amboi,dia yang dah
nak bernikah. Lagilah senang hati dulu nanti. Ha2!”Adam cuba bergurau untuk
mengingatkan Ira tentang lamaran yang diterimanya. Ira masih belum beri
sebarang jawapan,masa dah mula mencemburuinya.”Ish!” Ira pantas mencubit
Akhinya tanda untuk berhenti bergurau dan pergi segera.” Akhi pergilah. Ira ada
kerja hari ni. Semoga Akhi selamat sejahtera.” Ira menyampaikan kata-kata akhir
dalam perbualan dengan Akhinya.
Sebuah MYVI merah pun bertolak daripada kawasan perumahan Bustanurrahman.
Lebih kurang 1 jam. Adam tiba di Kuala Lumpur. Arah tuju Adam pada ketika itu
adalah untuk ke Pasar Seni Kuala Lumpur. Syarikat itu terletak berhampiran dengan
masjid negara. Adam sedang melalui KLCC ketika itu. Sampai disuatu lampu
isyarat berdekatan dengan Alam Suria KLCC,Adam memberhentikan kereta kerana
lampu pada ketika itu sedang merah. Tiba-tiba sebuah Ferrari merah menerpa laju
daripada belakang dan melalui sebelah kanan kereta MYVI milik Adam sehingga ‘Side Mirror” tersebut tertumbuk kedepan dan hampir tercabut. “AstaghfiruAllahaladzim!
Terkejut Adam. Adam memerhatikan sekejap kereta apakah itu. Kereta itu
berbumbung merah dan kelihatan seperti Ferrari. Terdapat beberapa orang anak
dara didalamnya. Adam mula merasa ketidakpuasan hati akan sikap mereka. Adam
perlu menegur mereka. Selepas itu lampu isyarat bertukar hijau. Setelah
membetulkan cermin sisi keretanya yang hanya separa elok. Adam segera mengikuti
kereta Ferrari merah itu hinggalah mereka memberhentikan kereta disuatu tempat
“Parking” Alam Suria KLCC. Kemudian bumbung kereta Ferrari itu ditutupi dengan pelindung
cahaya matahari secara automatik. Saja nak tunjuk canggihnya kereta luar negara. Malaysia bila lagi? Maka keluarlah 3 orang anak gadis bandar.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku,mereka keluar daripada kereta dengan gembira
dan ketawa girang bahkan ceria. Entah apalah yang dibualkan mereka macam tadi
lansung tiada buat apa-apa kesalahan pun. Adam segera memberhentikan MVYI
berdekatan dengan tempat letak kereta Ferrari merah itu. 3 orang anak dara
itu terkaku seketika. Adam keluar. “Assalammualaikum. Maaf,cik adik. Boleh saya tahu
siapa yang drive Ferrari ni? Boleh kedepan bagitahu saya. “ tegas Adam.
“Yes.I’m. Why? “ Seorang wanita muncul daripada belakang lalu kedepan bersemuka
dengan Adam sambil mengeluarkan nada memerli. “Cik adik. Tadi Cik adik dah
langgar cermin sisi kereta saya. Cik adik pecut macam tu je. Tak patut Cik
adik berbuat demikian. Cik adik juga telah langgar lampu merah. Macam mana
kalau ada kereta daripada sebelah kanan tadi? Cik adik boleh kena langgar. Cik
adik tidak menghormati adab pemandu dijalan raya.”balas Adam segera. “Ha3!Girls
tengoklah ustaz ni nak ceramah dekat I lah. You all’s rasa kita patut terima ke
ceramah Pak Ustaz ni?” tanya ketua kumpulan anak dara itu pada rakan-rakannya.
Dia berpaling melihat rakan-rakannya sekejap. Rakannya pantas mengangguk kerana
menghormati orang yang berkopiah. “ Ah! You tidak kenal I siapa,Pak Ustaz. I
Nur Sasha Bt Faiz. Anak Datuk Faiz! Setakat cermin you tu I boleh ganti lagi
banyak. Ok. Now you nak berapa cakap je dekat I. I bayar you cash dekat
sini,waktu ini, dan hari ini. Huh!” jawab Sasha Faiz dengan angkuh. Adam tidak
ambil hati kerana Adam tahu orang yang berilmu akan menyelesaikan masalah
dengan memberi kesedaran. “ Saya tidak pernah minta pun pada cik Sasha untuk
membayarnya semula. Saya cuma nak Cik Sasha tahu dalam dunia ni masih ada
perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan duit.” Jawab Adam ringkas. “ Habis
tu apa dia?” Sasha Faiz segera menergah Adam. “ Bila ia hal dengan Allah. Cik
Sasha gagal menjaga hubungan dengan manusia maknanya Cik Sasha sedang menutup
ruang keredhaan Allah untuk Cik Sasha sendiri dan bila Allah tutup,Cik Sasha
tidak akan jumpa apa itu erti jalan hidup bertuhan.”
Nur Sasha Bt Faiz terdiam! Anak Datuk Faiz terdiam
selepas mendengar kata-kata orang berpendidikan agama yang bukan anak Datuk,Tan
Sri,Dr,atau Senator! Dia terdiam kaku. Tertunduk,malu. Buat kali pertama dalam
hidupnya ada seorang jejaka yang menyebut tentang hidup bertuhan dan Tuhan itu
ialah Allah padanya secara jelas dan berhikmah. Adam nampak air muka anak dara
itu berubah. “ Cik Sasha,saya tidak marah awak. Cuma saya marahkan sikap awak.
Janganlah awak malu kerana sikap itu boleh diubah. Ubahlah ia menjadi lebih
baik dan sekurang-kurangnya mudah meminta maaf bila tersalah. Jangan sombong
pada manusia yang lain. Mujur awak bertemu dengan saya. Saya bukan jenis
pemarah. Kalau awak jumpa dengan samseng kampung pisang yang kerjanya
membelasah orang macam mana? Adam berjenaka sedikit untuk menjaga hati
dan berdakwah pada anak dara itu. Sasha Faiz ketawa kecil tetapi cuba
menyembunyikannya daripada pandangan Pak Ustaz Adam. Kemudian Sasha
mendongakkan kepalanya.” Saya minta maaf. Ini duit untuk membaikinya.” Balas
Sasha segera. Sekali dilihatnya, Adam dah bergerak menuju ke kereta dan sambil
menggelengkan tangan tanda dia tidak mahu menerima wang pembaikan itu. Sasha
mula rasa sesuatu dalam hatinya. Hidayah Allah atau cinta? Entah? Penulis pun x
tahu. Hu2. Sasha berlari kecil ke kereta Adam lalu diketuknya cermin kereta
Adam. Adam berpaling dan membuka tingkap. “ Encik? Eh,Pak Ustaz? Eh?” tanya
Sasha. “Saya Adam.” Jawab Adam sambil tersenyum. “Ustaz Adam,boleh tak kalau
saya nak minta "no. phone"? Manalah tahu kalau saya ada nak tanya
tentang Islam ke? Apa-apa ke? Boleh!” Sasha Faiz cuba untuk mendapatkan talian
hayatnya.
“Boleh ini kad peribadi saya. Saya bagi sesi kaunseling dimasjid tempat tinggal
saya. Kalau ada apa-apa hal bagitahulah saya. In Syaa Allah. Saya akan hulurkan
bantuan selagi boleh.” Jawab Adam. “ Baik. Terima kasih Ustaz Adam. Eh? Adam.
Eh? Apa-apalah. Terima kasih atas nasihat tadi. Nice to meet you”. Adam
tersenyum lantas berkata “Tak pe. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan ingat
pada kita.” Adam kemudiannya berlalu pergi. Dah agak jauh MYVI itu pergi.
Tangan Sasha Faiz terangkat dan melambai kearahnya secara tiba-tiba. Huish!
Tiba-tiba sahaja ni. Dia berpaling dan terkejut. Rakan-rakannya tersenyum lebar
kepadanya. “Eh,kau orang ni kenapa?”. “Haish! Dah cakap melayu dah?” perli
kawan-kawannya sambil ketawa. “Betullah,bahasakan budaya kita. Tanda sayangnya
pada negara kita ni. Hu2.” Muka Sasha merah padam. “ Dah. Dah. Mari kita pergi.
Hari ni lepas kita shopping baju kita singgah MPH ye! Saya Sasha Faiz nak beli
sedikit buku untuk masa depan. He2. “Ye lah Tuan Puteri. You yang nak belanja
kami. Kami follow je.” Balas si Nina dan Marsha serentak. Saat Sasha nak masuk
ke dalam keretanya tiba-tiba teringat akan kereta MYVI Adam yang bewarna merah
itu. “Ish! Apa dah jadi dengan aku ni!”Ini bukan cintakan? Tolonglah
katakan”Bukan”. Apa-apapun dialah orang pertama yang ingatkan aku pada tuhan.
Lama dah aku tak bersama dengan kalimah Allah. Ya Allah. Aku kenal KAU tapi
lama dah aku x bersama dengan agama KAU. Aku bertekad tahun ini 2013 adalah
satu penghijrahan bagiku. KAU hantarlah padaku seorang pengajar supaya aku
boleh kenal KAU semula dan lebih baik untuk kali ini. Ya Allah. Aku ikhlas. Aku
ikhlas.Aku benar-benar ikhlas. Bantulah aku.” Nur Sasha Faiz bermonolog
dalaman. "Mari kita pergi"kata Sasha pada rakan-rakannya. Vroom...
Wah,cerita ini ada dua hero dan dua heroin rupanya. Ira dan Daniel? Juga mungkin
Sasha dengan Adam? Tetapi adakah Ira akan bersetuju dengan lamaran daripada
keluarga Daniel itu? Daniel juga tidak pernah pun tahu lagi tentang dirinya
yang dijodohkan itu? Bahkan lagi dia artis terkenal masakan berhubung dengan
wanita kampung? Kuat agama pula tu? Ya Allah,Apakah yang akan berlaku dan terus
berlaku nanti? Adakah Adam yang akan menjadi guru kepada Sasha Faiz yang
bertekad untuk berhijrah. Hanya di La Tahzan Ya Zaujati Episod ke 4. Tidak lama
lagi di Medan Media Internet anda yang terdekat. In Syaa Allah. Assalammualaikum.